Kerjasama TudungSiComel & Oodlins

Pada 29 Ogos 2024, team TudungSiComel berkesempatan untuk bertemu sekali lagi dengan pihak Oodlins di Empire Subang.

Pertemuan ini bertujuan untuk membincangkan dengan lebih terperinci mengenai content yang akan dihasilkan bersama. Kami sangat teruja untuk meneroka idea-idea baru dan memperkukuhkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Oodlins merupakan sebuah aplikasi tadika yang berfungsi untuk menguruskan kehadiran dan pemantauan murid, pengumuman, pembayaran yuran dan sebagai sistem perhubungan komunikasi antara ibu bapa dan guru. Mudah kata ianya adalah all in one solution kepada pengurusan tadika.

Kami di TudungSiComel berbangga dapat bekerjasama dengan pihak Oodlins, satu aplikasi pengurusan tadika yang direka khas untuk memudahkan pihak tadika menguruskan hal ehwal murid dengan lebih cekap & efisien.

Aplikasi ini dapat membantu tadika anda dalam:
✅ Memudahkan komunikasi antara tadika dan ibu bapa
✅ Laporan kemajuan pelajar yang mudah diakses
✅ Penyediaan e-invois LHDN
✅ Latihan dan bimbingan yang berterusan
✅ Dan banyak lagi fungsi yang dapat memudahkan pengurusan tadika…

Dengan aplikasi yang tepat dan sistematik, pengurusan tadika anda akan menjadi lebih mudah, cepat, dan lancar—semua dalam satu platform!

Jom ketahui bagaimana Oodlins boleh membantu anda mengurus tadika dengan lebih baik. Jangan lepaskan peluang ini. Sekiranya ada guru-guru yang berminat untuk dapatkan sistem ini, boleh klik butang di bawah ini untuk percubaan.

Semoga kolaborasi ini dapat memberi manfaat kepada pihak pengurusan tadika, insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with Toyyibpay / MasterCard / Visa