Segelintir kanak-kanak dan bayi yang menghidap ekzema di kaki, akan mengalami pelbagai simptom. Antara yang sering berlaku pada kaki ialah berbiji, berair serta berada di bawah tapak kaki serta pergelangan.
Ekzema juga tergolong sebagai penyakit kulit, namun ianya akan menganggu permukaan sehingga menjadikan keradangan serta kegatalan yang melampau. Oleh itu, jika dibiarkan berterusan berlaku pada kaki anak-anak anda menyebabkan kulit seakan kasar, melepuh dan juga kulit bersisik .
Terdapat beberapa jenis ekzema di kaki.
Atopik Dermatitis
Antara ekzema yang biasa menyerang pada kaki kanak-kanak, adalah usia di bawah 5 tahun jenis Atopik Dermatitis.
Simptom ini menyerang secara on off pada bahagian kaki. Boleh juga berlaku sehingga usia remaja.
Apakah simptom utama ekzema di kaki
- Perubahan kulit
Kulit akan menipis dan berlaku rekahan. Boleh menjadikan kulit kering dan mengelupas.
- Kegatalan
Mengalami kegatalan kulit sepanjang masa. Atau petanda lain ekzema di kaki adalah kulit menjadi kemerahan. Paling teruk akan mengalami kegatalan tidak terhingga pada waktu malam.
- Kesakitan
Kulit akan menjadi lebih sensitif dan luka apabila berlaku geseran di kulit.
- Merah menyala
Cenderung menjadikan kulit menyala. Kadang-kadang di bahagian tersebut pulih, dan jangan terkejut ekzema di kaki boleh berulang di tempat yang sama.
- Jangkitan
Akibat sifat yang suka mengaru, ianya boleh menyebabkan melecet dan jangkitan pada bahagian kaki tersebut.
Ketahui simptom yang menyebabkan Atopik Dermatitis
Pencetus terjadinya atopik Dermatitis ialah individu ini tidak dapat mengekalkan kelembapan kulit. Ia menyebabkan kulit menjadi kering. Kemungkinan tindak balas terhadap punca tersebut adalah pencetus utama.
Kekurangan protein dalam badan dan kelembapan kulit menjadi kurang apabila penghadang pelindungan kulit rosak akan menyebabkan lagi mudah bakteria dan kuman memasuki ruang kulit.
Kajian kes mengatakan bahawa, daripada 50% kes ekzema lebih daripada satu gen mungkin berlaku mutasi.
Atopik Dermatitis juga dikatakan sebagai penyakit genetik tetapi ia tidak boleh menjangkiti kepada bayi lain dan orang sekeliling.
Apakah Stasis Ekzema atau Stasis Dermatitis
Stasis berlaku dimana peredaran yang lemah berlaku terhadap bahagian kaki. Akibat masalah tersebut menjadikan pesakit kekebasan, kesemutan dan kebengkakan kedua belah kaki.
Kekebasan dan kesemutan teruk, boleh menyebabkan ia menyekat peredaran darah. Juga menjadi punca utama apabila pengaliran darah tidak dapat alirkan terus ke jantung.
Rawatan bagi masalah Stasis Ekzema di Kaki
Rawatan hanya diberikan oleh doktor berdasarkan stasis yang dialami. Iaitu ubatan yang bersesuaian bagi mengurangkan masalah pembengkakan bahagian kaki.
Cara mengurangi pembengkakan kaki :
- Gunakan antihistamin sebagai cara mengurangi kegatalan kulit yang terkesan. Pastikan pesakit mendapat arahan daripada doktor.
2. Tingkatkan peredaran darah dengan menggunakan stokin yang dikhaskan bagi masalah salur darah kaki tersumbat.
3. Disyorkan menggunakan bandage yang berubat. Gunakan saline bagi membersihkan luka ekzema., serta menghilangkan sel-sel kulit mati dan sisa.
Lain-lain rawatan adalah mengubah cara hidup dengan bantuan diri sendiri. Sebagai contoh :
- Hindari dari menggaru bahagian kaki yang sedang aktif ekzema. Tutup bahagian ekzema yang sedang aktif dengan kain bandage.
- Elakkan anak-anak stress. Berikan mereka tidur yang mencukupi dan berehat. Terapis mengatakan bahawa, jika tidak stress ekzema tidak akan melarat.
- Penjaga boleh perhatikan terhadap anak-anak, apa yang menyebabkan tercetusnya ekzema. Sebagai contoh, bertukar sabun mandi, sabun pakaian dan pola makanan harian anak.
- Ekzema di kaki menjadi aktif apabila berpeluh. Jadi, sila pastikan anak-anak anda sentiasa berada dalam suhu normal. Sebagai contoh, sediakan tempat yang mempunyai penghawa dingin.
- Sewaktu mandi, gunakan suhu suam untuk anak-anak. Pastikan anak berendam didalam tab mandi, dengan air yang bercampur 1 cawan cuka sebagai salah satu cara untuk membunuh bakteria.
- Anda boleh juga campurkan ke dalam tab mandian dengan baking soda bagi mengurangkan kegatalan kulit.
- Walaupun begitu, rawatan untuk pesakit ekzema di tahap sederhana dan serius doktor menyarankan menggunakan kaedah Fototerapi. Iaitu dimana pesakit akan didedahkan dengan mesin khas sinaran Ultra Violet kepada kulit yang bermasalah Ultra Violet A ( UVA ) atau UVB. Rawatan akan diberikan dalam tempoh tertentu.
Kesimpulannya :
Ekzema di kaki dapat dikurangkan, jika pesakit tahu cara mencegahnya. Hanya penjaga yang faham mengenai apa yang boleh membuatkan ekzema menyerang kembali kepada anak-anak. Dan, setiap tahap imun badan seseorang juga berlainan. Ada yang mempunyai alahan dengan sabun. Jadi, bertukar lah kepada produk organik iaitu tanpa penggunaan bahan-bahan kimia yang merengsakan kulit.