Menurut buku Perubatan Cara Nabi Pasti Sihat, terdapat banyak khasiat madu untuk anak-anak.
Antaranya adalah :
1.Madu bersifat panas dan kering.
2. Lebah adalah sejenis serangga yang hidupnya hanya memakan makanan yang baik (manisan bunga) dan mengeluarkan madu.
3. Madu yang paling baik adalah yang dihasilkan pada musim bunga, diikuti madu musim panas dan yang terakhir madu musim sejuk.
4. Semua pakar perubatan sepakat mengatakan madu adalah ubat yang paling baik pada manusia kerana ia mengandungi detergen dan tonik.
5. Madu menguatkan perut dan merangsang selera makan.
6. Madu adalah makannya makanan, minumannya minuman dan ubatnya ubat.
7. Gula-gula dan kuih yang dibuat dengan madu akan terawet dengan baik.
8. Jika kulit manusia disapu madu, ia akan membunuh kutu dan hama.
9. Madu juga melembutkan rambut, membuatnya tumbuh panjang dan lebih cantik.
10. Jika digunakan untuk berkumur, ia menyihatkan gusi dan memutihkan gigi.
11. Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optimal. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri.
Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,” – Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.
Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah S.W.T. yang memberikan segala rahmat-Nya kepada semua manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah. Sesungguhnya, firman Allah S.W.T. itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah S.A.W. yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain. Sabda Rasulullah S.A.W:
1)“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah S.W.T. akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.
2)“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.
3)“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat membersihkan hati daripada toksin dan menghilangkan kesejukan yang ada di dalam dada.
4)“Allah S.W.T. telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa sakit, dan madu telah didoakan oleh 70 orang Nabi”.
Tambahan lagi, madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurukan suhu badan dan banyak lagi. Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.
Namun, agak menyedihkan apabila ramai dikalangan kita yang lebih berminat untuk mengambil minuman gas ciptaan barat atau berkafien tinggi meskipun dibuktikan secara saintifik sebagai berbahaya kepada kesihatan manusia.
Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam Al-Quran sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada berbagai penyakit, mahupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala perintah Allah S.W.T. dengan teratur.
Firman Allah dalam surah An-Nahl:
“Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.” (Surah An-Nahl: 69)
Begitu juga, Rasulullah S.A.W. bersabda : “Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan Al-Qur’an.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Dari hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu, madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Khasiat Madu Yang Terbukti
Di antara khasiat madu untuk anak-anak dan dewasa yang lain ialah madu mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan, hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia. Manakala jika dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthritis sendi. Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan, dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulser, sumber laxative yang natural dan lembut. Ia juga merupakan sumber utama vitamin dan mineral yang kaya, sumber tenaga yang hebat dan semulajadi, tidak seperti gula pasir yang memudaratkan. Selain itu juga, mampu memulihkan kekuatan tubuh, membersih dan menambah darah.
Madu juga baik untuk pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental, menyembuh dengan segera cirit-birit, mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak. Secara umumnya ia membantu menguatkan jantung, buah pinggang dan badan. Selain membantu menyembuhkan penyakit, ia juga membantu mengurangkan kesakitan bagi golongan wanita yang didatangi haid dan baik untuk perempuan mengandung serta bersalin.
Dapatkan koleksi tudung sekolah daripada TudungSiComel sekarang di website ini.