KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR

Kisah ini dipetik dari perkongsian rakan-rakan dan tidaklah dikenalpasti penulis asalnya. Namun perkongsian ini mudah-mudahn bermanfaat dan semoga penulis asal dan kita yang menyebarkannya dikurniakan keredhaan Allah. Wallahu a`lam.

KISAH 3 SOALAN 1 PENAMPAR

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negera kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh jawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya

*PEMUDA:*  Tok imam boleh tak jawab soalan-soalan saya?

*PAK IMAM:*  Boleh! dengan izin Allah.

*PEMUDA:*  Tok imam yakin kaaa? Profesor pun tak boleh jawab soalan saya.

*PAK IMAM:* Aku akan cuba jawab soalan hang!

*PEMUDA:* Saya ada 3 soalan;

1. Jika benar ALLAH tu ada, tunjuk kat saya kewujudan dia?
2. Apakah yang dinamakan TAKDIR ?
3. Kalau syaitan dibuat dari api, kenapa mereka dimasukkan ke neraka yg dibuat dari api, tentu syaitan tu tak sakit sebab mereka dari unsur yang sama. Apakah tuhan tak pernah terfikir sejauh itu?

*PANGGGGGGGGG !!!*

Satu penampar dari tok imam singgah kat pipi pemuda itu.

*PEMUDA:*  Adoiiiii!!! Awat Tok imam tampaq saya?

*PAK IMAM:* Sekali tampaq kat muka hang adalah jawapan untuk 3 soalan hang tanya tadi!

*PEMUDA:* Saya tak paham !!!

*PAK IMAM:* Macamana rasa penampaq saya?

*PEMUDA:* Sakit laa Tok Imam !!!

*PAK IMAM:* Jadi hang percayalah sakit tu ada !!!

*PEMUDA:* Ya !!!

*PAK IMAM:* Boleh tak hang tunjuk sakit tu ada dan macam mana rupa dia.

*PEMUDA:*  Tak boleh laaa Tok Imam oiii!!!

*PAK IMAM:* Tu jawapan soalan pertama hang. Kita boleh rasa ALLAH tu ada tapi tidak boleh tengok.

Permuda terpegun jawapan Pak Imam.

 

*PAK IMAM:* Malam tadi hang mimpi tak nak makan penampaq aku?

*PEMUDA:* Takkk!!! (sambil gosok2 pipi bekas kena penampar)

*PAK IMAM:* Hang terpikiaq tak yg hang nak makan penampaq aku hari ini ?

*PEMUDA:* Takkk!!! (masih tercengang2 )

*PAK IMAM:* Tu lah namanya TAKDIR!

Pemuda sombong itu terdiam.

 

*PAK IMAM:* Tangan yang aku tampaq muka hang ni dibuat dari apa?

*PEMUDA:*  Kulit dan daginggg !!!

*PAK IMAM:* Pipi yang kena panggg ngan aku tu dibuat dari apa pulak ?

*PEMUDA:* Kulit dan daging…!!!????

*PAK IMAM:* Hang rasa macam mana bila aku pangg hang tak sat?

*PEMUDA:* Sakit dan pedih berdesing…!!!?

*PAK IMAM:* Itulah….! Walaupun syaitan dibuat dari api dan neraka jugak dari api, Jika ALLAH berkehendak maka neraka akan jadilah ia tempat yang menyakitkan untuk syaitan….walaupun sama unsurnya…!

*PEMUDA:* …*Allahuakbar !!!*

Pak imam meninggalkan pemuda itu dan pemuda itu sangat kagum dengan jawapan Pak imam tua tersebut.

Semoga bermanfaat.

Instant Shawl Sakura 102-11

Share dan sebarkan… JazakAllahuKhair….? Senyum itu sedekah…..

Published by

Admin

“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield