Kisah 7 Tahun Lepas

Assalamualaikum rakan sahabat ibu-ibu 😊
.
Akhirnya setelah hampir 7 tahun kita menghasilkan tudung kanak-kanak, ini adalah antara koleksi kita yang paling disayangi hehe.. kenapa?
.
Ceritanya berbunyi begini, mohon sediakan pop corn dan tisu sebab ianya sebuah kisah yang agak sedih huhu 😅
.
Saya mulakan TudungSiComel nie sejak 2 Oktober 2013. Saya sebenarnya adalah bekas tentera. Saya berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia(TUDM) selama hampir 12 tahun sebagai ‘Fighter Controller’ dan telah mengambil keputusan nekad untuk berhenti dari tentera kerana nak fokus kepada berniaga dari rumah(online) dan nak ada lebih masa bersama keluarga.
.
Ini adalah keputusan nekad, ibu dan ayah saya sendiri pada awalnya pun tak tahu yang saya berhenti dari askar… saya berhenti secara senyap-senyap(jangan tiru aksi ini hehe) dan tempat terakhir saya berkhidmat di MINDEF tingkat 12, Kem Kementah, Setiawangsa.
.
Masa tue saya dah bekeluarga dan ianya satu keputusan yang sangat nekad. Bayangkan dah 12 tahun dengan TUDM, dah bekeluarga dan nak start semula hidup dari awal dan ianya pasti sangat sukar, namun saya nekad!.
.
Sebenarnya impian saya adalah nak ada lebih masa bersama keluarga dan antara impian utama saya adalah jika ditakdirkan ibu atau ayah saya sakit, saya berharap dapat bersama dan berkidmat kepada mereka sebagai seorang anak.
.
Dan alhamdulillah semasa ibu saya sakit cancer hati tahun 2014, saya dapat bersama beliau sehingga beliau hembuskan nafas terahir beliau di hadapan saya.. dan ianya satu peristiwa yang tak dapat saya lupakan, insan tersayang menghebuskan nafas terakhir di hadapan mata saya ☹️
.
Setelah bersara awal dari tentera, saya terus menetap di Damansara Damai dan mulakan perniagaan TudungSiComel ini secara kecil-kecilan, dari ruang kecil kedai yang saya sewa di Stesyen Bus Wan Central Damansara Damai yang hanya 3 minit berjalan kaki dari rumah. Sewanya pun murah, cuma RM350 sahaja, ya lah kan, baru nak bermula 😊
.
Alhamdulillah dari situ kita berkembang dengan sokongan rakan-rakan dan impian saya waktu itu untuk TudungSiComel adalah kita nak hasilkan tudung yang selesa dipakai memandangkan saya juga ada 2 orang anak perempuan yang sedang membesar dan sangat cerewet hehe…
.
Saya nak mereka bertudung seawal usia dan impian saya sama seperti puan-puan juga, nak didik anak-anak menjadi insan solehah yang dapat sama-sama berpimpinan tangan ke syurga, in shaa Allah… aamiin.
.
Tahun 2013, waktu itu budaya bertudung seawal usia nie masih belum berkembang di Malaysia. Tak ramai kanak-kanak bertudung waktu itu.
.
Jadi saya impikan dapat hasilkan tudung yang mudah dipakai, lembut pastinya dan selesa. Sebab anak-anak saya nie pun sangat cerewet… tak selesa sikit pun taknak pakai huhu.
.
So ianya menjadi cabaran untuk saya juga dalam menghasilkan tudung yang dapat mengembirakan anak-anak saya dan juga anak rakan-rakan semua.
.
Banyak cabaran dalam berniaga dan alhamdulillah dengan izin Allah serta sokongan rakan-rakan semua, kita masih bertahan sehingga kini untuk terus menghasilkan tudung yang selesa dipakai terutamanya oleh kanak-kanak yang nak mula belajar bertudung.
.
Dan hari ini setelah hampir 7 tahun, kita perkenalkan satu lagi design ringkas yang in shaa Allah dihasilkan dari material Lycra Kapas yang lebih selesa berbanding material lain.

Semoga tudung ini juga dapat membantu puan sebagai seorang ibu mendidik Si Comel puan bertudung seawal usia dengan lebih mudah. Dengan tudung yang minimalis, lembut dan in shaa Allah selesa.
.
Jika tidak selesa boleh dipulangkan, kita ada Jaminan 180 hari. Kita hanya nakkan yang terbaik buat mereka dan Si Comel puan adalah Si Comel kami juga. Mereka bertudung, mudah-mudahan pahalanya juga dapat kepada kami sikit hehe. Amiinnn… 😊
.
Selain itu, saya juga mendoakan semua Rakan Usahawan TudungSiComel yang bersama-sama kita membantu menyebarkan impian ini agar berjaya dunia dan akhirat.
.
Impian saya untuk Rakan Usahawan adalah nak lihat rakan-rakan dapat berniaga dari rumah, menjana pendapatan secara serius dan sambil melihat anak-anak membesar di hadapan mata.
.
Peluang ini hanya berlaku sekali dalam hayat kita. Apabila anak-anak dah besar dan bekeluarga, mungkin jarang dapat kita melihat mereka buat sepah dan bising dalam rumah kita lagi huhu…
.
“Your dreams may come true. It’s all start from a dreams… in shaa Allah…”
.
Syahruddin
Yang Comel tapi tak Lembut 😁
TudungSiComel
Damansara Damai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa