Kisah

Berikut kita kongsikan serba sedikit kisah bagaimana boleh tertubuhnya TudungSiComel.com. Semoga ianya dapat memberi manfaat kepada rakan-rakan semua (^_^). 

Ceritanya berbunyi begini =)

(Sila matikan telefon bimbit, sila ambil tisu dan letak di sebelah anda kerana kisah ini mungkin akan membuatkan anda menitiskan air mata)

Pengasas TudungSiComel.com merupakan bekas pegawai tentera yang pernah berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 12 tahun sebelum beliau mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan.

Pembekal tudung kanak-kanak no 1 Malaysia

Beliau mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan adalah kerana beliau ingin meluangkan lebih banyak masa berkualiti bersama keluarga dan yang paling menjadi keutamaan beliau adalah melihat anak-anak membesar di depan mata serta mendidik mereka menjadi insan soleh/solahah.  

Pada beliau, wang ringgit boleh dicari, namun masa anak membesar tidak akan berulang dan ianya sangat-sangat berharga.

Pada Jun 2013, beliau nekad untuk menamatkan perkhidmatan beliau sebagai anggota tentera hanya bagi membolehkan beliau menjalankan perniagaan (pemasaran secara online) dengan lebih serius di samping meluangkan lebih banyak masa bersama keluarga. 

Pembekal Tudung Kanak-kanak No 1 Malaysia

Pembekal tudung kanak-kanak no 1 Malaysia

TudungSiComel.com merupakan antara Pembekal Utama Tudung Kanak-kanak di Malaysia dengan hasrat untuk memudahkan terutamanya rakyat Malaysia bagi mendapatkan tudung kanak-kanak yang berkualiti dengan nilai hebat.

“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya bertudung seawal usia. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“

 

Kisah TudungSiComel.com

Tertubuhnya TudungSiComel.com secara rasmi adalah bermula semenjak dari tahun 2013. Pada 2 Oktober 2013 maka bermulalah kisah suka dan duka (standby tisu).

Dengan matlamat untuk menjadi Pembekal Tudung Kanak-kanak No 1 Malaysia, kita bukanlah bertujuan untuk mengaut keuntungan duniawi semata-mata, akan tetapi apa yang menjadi matlamat kita adalah untuk merialisasikan hasrat bagi membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda kepada rakyat Malaysia khasnya dan dunia amnya (in shaa Allah).

Jika kita lihat pada zaman dahulu, zaman P.Ramlee, zaman ago-go, wanita zaman tersebut dan sebelumnya masih kurang yang bertudung. Dan mereka yang bertudung mungkin dilihat sebagai agak pelik.

Namun pada zaman sekarang situasinya sudah berbeza, mereka yang tidak bertudung pula kelihatan pelik dan bukan itu sahaja, artis-artis di Malaysia pun sudah kebanyakannya bertudung.

There must be a triggering factor. Kami percaya, mesti ada sesuatu atau punca yang membuatkan perubahan tersebut berlaku dan disebabkan itu jugalah kami ingin menjadi the triggering factor atau punca kepada budaya pemakaian tudung pada kanak-kanak pula.

Kami sangat berharap agar mendapat sokongan dari rakan-rakan supaya hasrat ini dapat kita sama-sama realisasikan dan semoga Malaysia akan menjadi negara Islam yang didiami oleh umat Islam yang benar-benar kenal dan menghayati Islam semenjak dari kecil lagi. Bukan Islam hanya pada nama sahaja.

Kami juga berharap agar dapat bekerjasama dengan mana-mana agensi atau individu yang memiliki hasrat yang sama dan semoga hasrat kami ingin menjadi pembekal tudung kanak-kanak no 1 di Malaysia dapat memudahkan lagi usaha ini. In shaa Allah.

Semoga usaha kita ini mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Amin.

pembekal tudung kanak-kanak no 1 di Malaysia

Kita percaya, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Begitulah kisahnya. Amacam, tisu basah tak =)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa