Pada 22 Ogos 2023, team TudungSiComel telah menghadiri Konvesyen Usahawan Barangan Ibu dan Bayi di bawah tajaan Gabungan Usahawan Barangan Ibu Dan Bayi Malaysia (GUBIDAM).
Banyak informasi baru yang kita belajar terutamanya dari pihak MATRADE berkaitan proses pengeksportan produk ke luar negara. Antaranya adalah dari segi packaging dan juga proses-proses yang diperlukan.
Selain itu, kita juga diperkenalkan dengan pihak PUNB serta program sokongan Rakan Usahawan PUNB bagi meningkatkan prestasi perniagaan agar lebih berdaya saing. Pihak PUNB juga menawarkan beberapa skim pinjaman dan geran yang boleh dimanfaatkan oleh usahawan di Malaysia.
Pihak TudungSiComel mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Wana Abas(TATEH) selaku Presiden GUBIDAM atas jemputan tersebut dan juga pihak MATRADE dan PUNB atas perkongsian – perkongsian ilmu yang telah diberikan.
Alone we can do so little, together we can do so much…
Helen Keller
Terima kasih dan moga jumpa lagi !