Siapa sangka, inspirasi berkebun dapat membantu mengembangkan potensi diri anak?
Tahukah anda, pada saat anak-anak membantu menyelesaikan kerja rumah, berkumpul dan bermain bersama, ia adalah suatu saat yang sangat berharga. Hal ini adalah kerana mereka sedang membina kepercayaan diri untuk bersosial dan beraktiviti.
Jadi, ia adalah masa yang paling terbaik buat para ibu bapa untuk menanam nilai positif berpandukan ilmu yang tersimpan. Potensi untuk si cilik ini menerima setiap kelebihan dan kebaikan nilai positif yang diajar adalah sangat tinggi pada saat ini.
Antara nilai positif atau aktiviti baik yang boleh diterapkan dalam diri anak-anak adalah aktiviti berkebun. Namun, apakah kelebihan yang mungkin si cilik peroleh daripada aktiviti berkebun ini?
4 Kelebihan Berkebun
1. Hubungan menjadi rapat
Lazimnya ketika berkebun, ibu bapa dan anak-anak akan meluangkan lebih banyak masa bersama untuk menyemai, menanam, menyiram dan memilih tanaman yang baik. Tambahan pula, anak-anak akan mempunyai pelbagai jenis soalan untuk diajukan kepada ibu bapa.
“kenapa kena tanam pokok?”
“kenapa kena siram pokok?”
“apa pokok yang bagus tanam?”
Soalan yang bakal dijawab dengan jawapan yang memuaskan dan penuh kelembutan ini akan mencipta kepercayaan dan kemesraan antara anak dan ibu bapa.
2. Kenali dunia luar
Selain itu, memperoleh inspirasi berkebun juga dapat mendedahkan anak kepada dunia luar.
Ramai anak-anak masa kini lebih gemar meluangkan masa di dalam rumah berbanding keluar bersosial dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Hal ini mungkin kerana tiada pendedahan yang diberikan kepada anak-anak tentang keseronokan dan kelebihan dunia luar.
Jadi ia menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mencari inspirasi berkebun dan mencipta keseronokan dalam setiap aktiviti anak-anak termasuklah ketika berkebun. Dedahkan kepada mereka tentang kepelbagaian jenis flora dan fauna, benarkan mereka bermain dengan haiwan-haiwan kecil seperti rama-rama dan kenalkan mereka dengan pelbagai corak kehidupan.
Baca juga: Penampilan yang baik mempengaruhi anak? Jom ketahui 8 bukti ini
3. Meningkatkan keyakinan diri
Berkebun juga dapat meningkatkan keyakinan diri anak-anak.
Sebagai contoh, tanda tanya tentang pertumbuhan pohon yang ditanam akan mewujudkan keyakinan dalam diri anak untuk terus yakin bahawa tanaman akan tumbuh dengan sihat. Mereka juga menjadi yakin tentang cara, baja dan tempat yang ditanam akan turut mempengaruhi tumbuhan.
Secara tidak langsung, ia akan membantu meningkatkan keyakinan diri anak-anak untuk terus yakin dengan setiap keputusan yang diambil.
4. Memupuk sifat tanggungjawab dan sabar
Selain itu, sifat tanggungjawab dan sabar juga dapat dipupuk dalam diri anak melalui aktiviti berkebun ini.
Hal ini kerana mereka perlu bertanggungjawab terhadap tumbuhan yang ditanam termasuklah dari segi pemilihan baja, cara menyemai, menanam dan sebagainya. Manakala pada saat tumbuhan sudah semakin meninggi pula, mereka perlu bijak menguruskannya seperti memangkas atau memetik bahan yang sudah berbuah.
Selain itu, sifat sabar si cilik ini juga turut teruji melalui kesabaran mereka menunggu tanaman untuk tumbuh dan hidup dengan segar.
Inspirasi berkebun yang boleh diikuti
1. Memilih tanaman yang beri manfaat
Anda boleh cuba memilih tanaman yang dapat memberi manfaat kepada setiap orang.
Sebagai contoh, tanam pokok yang boleh dimakan dan dimasak seperti pokok cili, daun kari, kunyit dan sebagainya. Jadi secara tidak langsung, anak-anak akan dapat mempelajari tentang bagaimana aktiviti berkebun ini dapat membantu menjana ekonomi diri.
Antara contoh lain, anda juga boleh cuba menanam tumbuhan yang berbuah seperti pokok mangga dan jambu air. Justeru, anak akan dapat merasakan kenikmatan berkebun saat menjamah setiap buah-buahan itu. Jadi dengan mendapatkan inspirasi berkebun yang terbaik, ia turut meningkatkan semangat si anak untuk terus seronok melakukan aktiviti berkebun.
2. Tanam pokok yang cepat tumbuh
Sesetengah kanak-kanak tidak mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Jadi, jika anda memilih pohon yang lambat tumbuh, ia akan mematahkan semangat mereka untuk terus berkebun.
Mana tidaknya, anak-anak ini kebiasaannya ingin sentiasa mengetahui perkembangan semasa bagi setiap perkara yang dilakukannya. Jika si cilik ini mula menanam hari ini, ada kemungkinannya mereka akan bertanyakan tentang tumbuhannya itu pada setiap hari.
Jadi jika tiada perubahan pada tumbuhan, lama kelamaan mereka akan menjadi penat dan mula berputus asa untuk terus berkebun.
Baca juga: 4 Tips cari tudung budak murah tapi berkualiti
3. Mencipta persaingan baik
Antara cara lain yang boleh membantu memberi inspirasi berkebun untuk anak-anak adalah dengan mencipta persaingan yang baik.
Sebagai ibu bapa, anda boleh menetapkan pertandingan di antara adik beradik untuk menanam dan menjaga pohon yang ditanam dengan baik. Tekankan bahawa ia bukan mengenai masa tetapi tanggungjawab, pengurusan dan kasih sayang terhadap pokok itu adalah lebih penting di dalam pertandingan tersebut.
Maka dengan cara itu, anak-anak akan dapat mempelajari nilai tanggungjawab, pengurusan, kasih sayang dan kesabaran.
4. Menetapkan niat berkebun
Selain itu, didik anak untuk menetapkan suatu niat berkebun yang baik.
Adakah ianya untuk membantu orang susah, sekadar hobi ataupun sebagai manfaat kepada ekonomi diri?
Pokok pangkalnya, didik mereka untuk menetapkan niat yang betul dan dapat memberi pelbagai manfaat bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak.
5. Memilih tanaman yang senang dijaga
Anda juga boleh cuba memilih tanaman yang senang untuk dijaga. Elakkan memilih tanaman yang sangat sensitif kerana ia boleh meruntuhkan semangat si anak saat melihat tumbuhan yang disayanginya mati.
Baca juga: Kriteria penting tudung budak instant untuk bersukan
6. Menghias tempat tanaman
Untuk memberi inspirasi kepada anak-anak, jangan lupa untuk mengajak mereka menghias tempat tanaman dengan pelbagai barangan kitar semula. Selain mencantikkan tempat tanaman, cara ini juga dapat meningkatkan semangat anak-anak untuk terus berkebun.
7. Menyediakan catatan berkebun
Antara langkah lain yang boleh memberi inspirasi berkebun kepada anak-anak adalah dengan menggalakkan mereka menyediakan satu buku sebagai catatan hari berkebun. Mereka mungkin boleh mencatat berapa panjang tumbuhan membesar dari hari ke hari.
8. Membenarkan anak bermain
Selain itu, anda juga perlu membenarkan anak-anak bermain saat mereka sedang menanam.
Izinkan mereka bermain dengan tanah, pasir, dan kehidupan luar bagi membiasakan diri mereka dengan pelbagai jenis kekotoran dan sebagainya. Setidaknya, anak-anak akan memperoleh keseronokan setiap kali melakukan aktiviti.
Jadi, pakaian yang sesuai adalah sangat penting dalam memastikan anak-anak selesa melakukan pelbagai aktiviti yang dilakukan. Kalau anda ingin membeli tudung budak murah yang berkualiti, jangan lupa untuk mendapatkannya di laman tudungsicomel.com.
Kesimpulannya, aktiviti berkebun memberi pelbagai manfaat dan kelebihan bukan sahaja kepada para dewasa tetapi juga buat anak kecil yang sedang membesar. Yang penting, pemakaian yang bersesuaian perlulah dipraktikkan supaya anak-anak sentiasa selesa saat melakukan aktiviti.
Nak dapatkan bermacam info dan produk dari tudung Si Comel? Jom Follow FB Page Tudung Si Comel