TudungSiComel x Poslaju: Usaha Tingkatkan Perkhidmatan Penghantaran

Lawatan Kerjasama Poslaju ke TudungSiComel

Pada 20 Februari 2025, TudungSiComel dengan rasa teruja dan berbesar hati menerima kunjungan daripada pihak Poslaju ke ibu pejabat kami. Lawatan ini merupakan satu langkah penting dalam usaha kami untuk memperkukuhkan sistem penghantaran parcel kepada pelanggan yang sentiasa menyokong jenama TudungSiComel.

Kami berbesar hati menerima kehadiran Encik Syafiq Ismail dan Puan Siti Aini daripada pihak Poslaju, yang telah meluangkan masa untuk berbincang mengenai peluang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk membincangkan bagaimana Poslaju, sebagai salah satu penyedia perkhidmatan penghantaran barang yang paling dipercayai di Malaysia, dapat membantu TudungSiComel dalam memastikan parcel pelanggan sampai dengan lebih cepat, selamat, dan efisien.

Kerjasama TudungSiComel dan Poslaju

InsyaAllah, TudungSiComel akan turut menjadi salah satu syarikat yang menggunakan perkhidmatan penghantaran Poslaju. Kami yakin pengalaman luas Poslaju dalam bidang logistik akan memberikan nilai tambah kepada perkhidmatan penghantaran kami.

Selain itu, kami juga bercadang untuk bekerjasama dengan syarikat kurier lain di masa hadapan. Langkah ini diambil bagi memastikan pelanggan kami mempunyai lebih banyak pilihan penghantaran yang sesuai dengan keperluan mereka.

TudungSiComel sentiasa komited untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami, bukan sahaja dari segi produk berkualiti tetapi juga perkhidmatan penghantaran yang cekap. Terima kasih kepada Encik Syafiq Ismail dan Puan Siti Aini atas lawatan ini, dan terima kasih juga kepada semua pelanggan yang terus menyokong perjalanan kami. Doakan agar usaha ini dipermudahkan dan membawa manfaat kepada semua. 😊

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.