Episod 31
Setahun sudah berlalu, tetapi vlog kali ini tetap segar dan penuh makna untuk kami di TudungSiComel. Dalam episod Love at TSC kali ini, kami kongsikan pengalaman pertama menganjurkan annual meeting di Ibis Styles Hotel, Kuala Lumpur—satu detik bersejarah yang membuka lembaran baru untuk pasukan kami.
Banyak perkara penting yang telah dibincangkan bersama seluruh team untuk merancang langkah masa depan TudungSiComel. Lebih istimewa, kami turut menjemput Puan Suraya Ali atau lebih dikenali sebagai CikSue, seorang pakar pemasaran digital, yang sudi berkongsi ilmu dan memberi sedikit talk berkaitan dunia bekerja. CikSue juga menyediakan beberapa aktiviti dan permainan menyeronokkan untuk memeriahkan suasana, menjadikan harinya lebih bermakna dan ceria.
Kehadiran beliau sememangnya menjadi highlight utama pada hari itu!
Jangan lupa untuk saksikan video penuh di atas dan nantikan part 2 untuk lebih banyak perkara menarik dari annual meeting kami!