Pada 11 Mac 2025, kami di TudungSiComel telah menganjurkan sebuah majlis iftar penuh bermakna di Glam Hall, Damansara Perdana. Majlis yang dinamakan Majlis Iftar TudungSiComel 2025 ini mempertemukan semua warga kerja HQ TudungSiComel bersama tetamu-tetamu istimewa dalam suasana santai dan penuh keakraban.
Persiapan majlis dimulakan beberapa hari lebih awal dan pada hari kejadian, Kaka dan Intan memainkan peranan penting memastikan segalanya berjalan lancar. Dari menyediakan doorgift hingga menyusun atur dewan, mereka saling bekerjasama bagi memastikan setiap tetamu yang hadir berasa dihargai.
Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk Nora Ariffin, yang merupakan rakan kenalan lama kepada CEO TudungSiComel. Kehadiran beliau sangat bermakna. Kami juga merasa sangat bertuah kerana Madam Jeong Kyung Ran, pembekal lycra Korea kami yang benar-benar berasal dari Korea, turut sudi bersama-sama memeriahkan majlis.
Kesemua staff HQ TudungSiComel hadir dan menikmati juadah iftar sambil mengeratkan lagi ikatan silaturahim antara satu sama lain. Suasana penuh ceria ini turut dirakam dalam vlog khas yang boleh ditonton di atas.
Majlis Iftar TudungSiComel 2025 benar-benar meninggalkan kenangan manis buat kami di TudungSiComel. Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan majlis ini dan semoga ukhuwah ini berkekalan selamanya.