Love at TSC: Majlis Potluck Raya 2025 (Part 1)

Untuk vlog kali ini, kami di TudungSiComel bawakan edisi khas Love at TSC sempena Potluck Raya 2025! Dalam vlog ini, anda akan dapat melihat keseronokan di balik tabir ketika kami semua berganding bahu membuat persiapan majlis raya bersama seluruh team TudungSiComel.

Bermula dari menghias ruang, menyusun makanan, hinggalah penyusunan kerusi meja, semuanya dilakukan secara bergotong-royong oleh setiap biro yang telah diwujudkan. Inilah pertama kali kami membahagikan tugasan mengikut biro seperti biro program, biro makanan, biro hadiah, biro permainan, biro keceriaan, biro multimedia, biro kerusi meja, biro kebersihan dan banyak lagi — diketuai oleh Kaka sebagai Ketua Projek.

Kami sangat bangga melihat semangat kerja berpasukan dan kesungguhan setiap ahli biro untuk memastikan majlis berjalan lancar serta meriah. Anda boleh saksikan sendiri bagaimana suasana meriah ini terhasil melalui vlog di atas ⬆.

Nantikan juga Love at TSC Part 2 kerana kami akan turut berkongsi aktiviti menarik yang menjadi salah satu highlight acara!

Selamat menonton! 💛

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.