Episode 34
Untuk vlog kali ini, kami bawakan sambungan Love at TSC Part 2 sempena Potluck Raya 2025 khas untuk semua team TudungSiComel! Dalam vlog kali ini, anda akan saksikan kemeriahan acara exchange gift yang dianjurkan oleh biro hadiah kami.
Seperti tradisi, setiap staff diminta membawa satu hadiah dan semua hadiah akan dinomborkan terlebih dahulu. Kemuncaknya, sesi lucky draw dijalankan di mana setiap orang akan mencabut nombor dan teruja menanti hadiah misteri yang bakal diterima. Sungguh meriah dan lucu melihat reaksi masing-masing, ada yang terkejut, ada yang tak sabar nak buka hadiah, memang seronok sangat suasananya!
Aktiviti exchange gift ini memang menjadi highlight kerana ia mengeratkan lagi hubungan sesama team, dan semangat kejutan membuatkan semua tak sabar menanti setiap giliran cabutan.
Jangan lupa nantikan Love at TSC Part 3 pula, di mana kami akan kongsikan kegembiraan bermain game bersama-sama sempena majlis Potluck Raya ini.
Jom tonton vlog kali ini, siapa tahu boleh dapat idea aktiviti menarik untuk majlis anda nanti!