Episode 35
Untuk vlog kali ini, kami bawakan Love at TSC Part 3 sempena Potluck Raya 2025 — episod paling riuh dan penuh gelak tawa! Dalam part 3 ini, tiba giliran acara game yang memang paling havoc dan kelakar, sampai boleh dengar suara kami ketawa dari luar office. Ramai yang tak sangka, “havoc gila korang!”
Kali ini kami main game rebut cup, ala-ala macam rebut kerusi tapi ada twist — bila muzik berhenti, semua kena cepat-cepat rebut cup yang ada di tengah. Siapa lambat, memang terus out! Game ni memang jadi highlight sebab semua tak sangka makin lama makin intense dan kelakar, sampai penat kami gelak! Kami tunjuk versi pendek je dalam vlog ni sebab kalau tunjuk penuh, memang sejam pun tak habis tengok.
Selain itu, majlis jadi lebih meriah dengan pemberian duit raya kepada semua staff HQ oleh TudungSiComel. Seronok sangat dapat berkongsi rezeki dan suasana mesra macam keluarga sendiri. Terima kasih kepada TudungSiComel atas penghargaan ini!
Jom layan vlog kali ini, confirm terhibur dengan gelagat kami. Jangan lupa komen kalau anda pernah main game yang havoc macam ni juga!