Episode 32
Untuk vlog kali ini, kami di TudungSiComel meneruskan siri Love at TSC dengan sebuah program CSR penuh bermakna di pusat jagaan amal Asyura. Dalam vlog eksklusif ini, anda dapat melihat sendiri semua detik-detik di belakang tabir sebelum program berlangsung, hinggalah saat-saat penuh ceria bersama adik-adik Asyura pada hari kejadian.
Di dalam vlog ini juga menunjukkan kami ada sediakan sumbangan sarapan pagi serta 1 aktiviti menarik — khusus buat kanak-kanak bawah 9 tahun dan juga untuk mereka yang lebih dewasa. Keterujaan dan sambutan mesra dari adik-adik Asyura benar-benar membuatkan kami rasa terharu dan bersyukur. Terima kasih kerana menyambut kehadiran kami dengan begitu gembira!
Jangan lepaskan peluang untuk menonton part 2 nanti, di mana kami akan kongsikan pula aktiviti-aktiviti penuh kelakar bersama kanak-kanak atas 9 tahun. Pastinya banyak gelak tawa menanti!
(Jangan lupa tekan play pada video di atas! 😊)