Majlis Berbuka Puasa TudungSiComel di GlamHall Damansara!

Majlis iftar TudungSiComel

Pada 11 Mac 2025 yang lalu, kami di TudungSiComel berbesar hati mengadakan majlis berbuka puasa yang pertama untuk tahun 2025 ini di GlamHall Damansara. Acara istimewa ini dihadiri oleh sekitar 63 orang, termasuk keluarga staf, pembekal kain lycra dari Korea, dan Datuk Nora Ariffin. Kehadiran mereka semua membuatkan majlis ini lebih bermakna dan meriah!

Glamhall ramadhan buffet

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas segala usaha gigih dan pencapaian hebat daripada pekerja kami. Selain itu, kami ingin mengukuhkan lagi kebersamaan dan silaturahim dalam bulan Ramadan yang penuh berkat ini. Kami percaya bahawa pertemuan seperti ini adalah sangat penting untuk membina ikatan yang lebih erat di kalangan kita semua.

Makanan yang disediakan juga tidak kurang hebat! Dengan lebih kurang 100 hidangan yang pelbagai, semua jemputan berpeluang menikmati sajian lazat yang pasti memuaskan selera.

Tidak ketinggalan, setiap jemputan juga menerima doorgift istimewa daripada Kaka, organizer kami yang begitu mementingkan pengalaman setiap orang. Doorgift ini adalah tanda penghargaan kami kepada semua yang hadir, dan kami berharap ia dapat mengingati momen indah ini.

tudungsicomel iftar di Glamhall

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjadikan majlis ini indah! Tak sabar untuk majlis iftar yang seterusnya, dan harapan kami adalah agar semua dapat bersama sekali lagi.

Akhir sekali, terima kasih kepada Kaka kerana telah menjayakan majlis ini dengan cemerlang. Jumpa lagi di majlis akan datang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.