5 makanan kaya DHA yang terbaik untuk minda, pernah tak ibu bapa terfikir? Ibu bapa perlu tahu dan memanfaatkan DHA yang sangat penting perkembangan otak anak? Omega-3 ialah nutrisi yang dikenali oleh semua orang. Terdapat dua jenis Omega-3 ialah DHA dan EPA. DHA ialah makna daripada docosahexaenoic acid.
Manfaat DHA ini adalah berperanan dalam sebahagian besar pada otak (kecerdasan) dan di retina (penglihatan). DHA juga turut berfungsi untuk membentuk kepekaan neuron. Neuron ini yang akan membantu menyampaikan informasi dengan cepat dan padat.
Jadi pada usia 4-12 tahun, sumber makanan yang mengandungi dan kaya DHA adalah sangat penting untuk kecerdasan otak si mana. Di bawah ini, saya senaraikan beberapa makanan yang kaya dengan DHA yang bagus untuk perkembangan otak.
2 Makanan Kaya DHA Untuk Perkembangan Otak
#1 Sayuran Hijau
Sayuran hijau adalah makanan yang kaya omega-3. Bayam adalah contoh sayuran yang kaya dengan khasiat DHA. Selain ianya bagus untuk nutrisi pada otak, sayuran hijau ini juga memiliki kandungan serat tinggi yang sangat baik untuk kesihatan penghadaman si manja anda..
#2 Susu
Susu juga mengandungi kebaikan DHA iaitu Omega 3, protein dan vitamin B. Tiga jenis zat ini penting bagi pertumbuhan otak, neurotransmitter, dan enzim. Selain itu susu juga kaya vitamin D yang berguna untuk sistem saraf otot. Susu ini juga boleh membantu perut si manja cepat kenyang karena ia terkandung protein dan karbohidrat. Ia sangat bagus untuk sumber energi bagi otak anda.
3 Makanan Kaya DHA Bagi Tumbesaran Si Kecil
#3 Kekacang
Kacang soya, badam, kacang pistachio dan bahkan produk fermentasi yang lain seperti tempe pun mengandungi omega-3. Kacang tanah yang dibuat untuk menjadi mentega kacang juga dapat menjadi salah satu sumber vitamin E. Vitamin ini juga merupakan sumber antioksidan yang dapat melindungi membran-membran sel saraf. Selain itu, vitamin E turut membantu otak dan sistem saraf dalam penggunaan glukosa bagi keperluan tenaga untuk si manja anda.
#4 Telur
Telur terkenal sebagai sumber protein yang penting dan mampu untuk dimiliki oleh semua orang. Ternyata bahagian kuning telur ini sebenarnya kaya akan kandungan omega 3. Omega 3 ini juga membantu perkembangan memori atau daya ingat si manja anda. Kandungan ini di dalam 1 butir telur adalah 126 mg. Berbandingkan dengan 2 senduk makan mentega kacang yang hanya mengandung 20 mg. Ini kerana anak anda memerlukan omega-3 ini 200-375 mg per hari.
#5 Ikan Salmon
Ikan dan juga kerang telah lama menjadi sumber khasiat DHA iaitu Omega 3 bagi perkembangan otak si kecil anda. Anak-anak yang mengamalkan asam lemak omega 3 akan memiliki fikiran yang lebih tajam dan mencatatkan hasil memberangsangkan dalam ujian kemampuan. Jenis ikan laut yang mengandung DHA dan EPA iaitu ikan salmon, tuna, tenggiri, dan kembung. Jadi, anda haruslah mengambil pengambilan Omega 3 ini mencukupi dengan keperluan harian anak anda.
Kesimpulan
Jadi, diatas terdapat beberapa pilihan makanan yang kaya dengan DHA, di mana ianya bagus untuk perkembangan si manja anda. DHA ini memberikan pelbagai khasiat yang bagus terutama untuk perkembangan otak. Ibu bapa mestilah mengambil DHA ini dengan kadar yang mencukupi dalam rutin pemakanan harian si kecil anda. Semoga bermanfaat.