Pada 4 Jun 2024, team pengurusan TudungSiComel telah menghadiri perjumpaan dengan pihak Oodlins di Subang Empire.
Oodlins adalah sebuah sistem pengurusan tadika yang berfungsi antaranya adalah untuk mengurus kehadiran, pemantauan kesihatan murid, pengumuman, pembayaran yuran dan pelbagai lagi. Mudah kata ianya adalah all in one solution kepada pengurusan tadika.

Pihak TudungSiComel sangat berbesar hati atas peluang yang diberikan untuk berkolaborasi bersama Oodlins di mana kita dijemput untuk membekalkan tudung tadika melalui platform Oodlins kepada tadika-tadika yang mendaftar.
Melalui kaedah ini, pihak tadika akan lebih mudah membuat tempahan tudung tadika dan juga pengurusan inventori stok.

Antara agenda yang dibincangkan adalah berkaitan:
- Cadangan team jualan bersama bagi Oodlins dan TudungSiComel.
- Cadangan kadar postage untuk pembelian tudung tadika secara borong.
- Harga standard untuk tudung tadika beserta logo dan tiada logo.
- Jalinan kerjasama team jualan.
TudungSiComel terbuka untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana syarikat untuk sama-sama dapat berkongsi manfaat. Kita yakin, bersatu kita teguh 😊
Terima kasih Mr Ng selaku founder dan juga team Oodlins kerana sudi bekerjasama dengan TudungSiComel. Semoga urusan ini berjalan lancar.