Tudungsicomel.com – Melatih Anak Kecil Bertudung | Melatih anak kecil bertudung bukanlah suatu perkara yang mudah. Bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Tetapi anak-anak kecil rimas dengan pemakaian tudung. Rata-rata mereka suka dalam keadaan ‘free hair’ kerana itulah baginya lebih selesa berbanding menutup kepala.
Kali ini TudungSiComel.com ingin berkongsi 3 tip bagaimana kita mahu melatih anak kecil bertudung. Ianya pasti mengambil sedikit masa, namun ianya juga pasti sangat berbaloi =)
#1 Pendekatan Secara Berhikmah
Sebagai seorang ibu yang mahukan anaknya bertudung, ibu perlulah bermula daripada dirinya sendiri. Kita perlu tunjukkan contoh kepada anak-anak ketika mereka masih di usia kecil lagi. Rajinkan diri memakai tudung di hadapan anak-anak.
Sama jugalah seperti bersolat berdekatan dengan mereka. Hal ini supaya mereka terdedah dengan suasana bertudung.
#2 Meminta Tetapi Tidak Memaksa
Ibu ataupun ayah boleh membuat permulaan membeli tudung untuk si kecil. Setiap kali ingin keluar ke rumah atau mahu berziarah ke rumah kawan, sarungkan tudung di kepala si kecil.
Pada permulaan mereka akan membiarkan, tetapi apabila berada dalam keadaan suhu yang panas, si kecil akan meronta supaya membukanya.
Apabila terjadi situasi ini, bukalah tudung si anak. Tidak mengapa. Tetapi amalkan setiap kali ingin keluar, sarungkan kepala walaupun ia bertahan walaupun 5-10 minit. Itu sudah memadai bagi permulaan. Nanti secara tidak langsung, ia akan boleh menyesuaikan diri.
#3 Teknik Memuji
Kita juga boleh melatih si kecil memakai tudung ketika berada di rumah. Apabila mereka memakai tudung, berikan mereka barang mainan atau berikan makanan yang membuatkan ia sedikit khayal. Teknik ini akan menyebabkan mereka memakai tudung tanpa sedar.
Selain itu, berikan pujian manja kepada si kecil seperti panggilan sayang atau comel. Hal ini kerana ia akan membangkitkan rasa mesra sebab si kecil memerlukan perhatian. Jika tidak diberikan perhatian, mereka akan menangis. Semoga dengan cara ini akan dapat memberikan mereka masa untuk menyesuaikan keadaan.
Gambar2 comel nie diambil (dengan kebenaran) dari blog CeritaPnut.blogspot.com. Blog yang sangat comel =)
Tips yang mudah dan berkesan! Terima kasih!
Tips yang sama juga saya gunakan untuk anak saya, sejak dia berusia satu tahun saya biasakan dia bertudung…
Sekarang, dalam usia 2 tahun, dia dah tahu, nak keluar rumah kena pakai tudung, tak payah suruh, dia sendiri yang akan request… Mana tudung adik? Alhamdulillah…
Alhamdulillah, sama juga anak kami puan, lama-lama bila nak keluar mesti nak tiru ibu pakai tudung =).Sejuk hati. Alhamdulillah. Semoga mereka membesar menjadi insan Solehah. Amin =)