Jalani kehidupan seikhlas matahari. Dilihat orang ataupun tidak, ia tetap bersinar. Dihargai ataupun tidak, ia tetap menerangi

Mengapa Sampai Perlu Memberi Arahan Berkali-kali Kepada Anak Untuk Melakukan Sesuatu Perkara?

arahan
Masalah terpaksa memberitahu arahan berkali-kali kepada anak?

“Seperti situasi kebiasaan setiap hari, seorang ibu menyuruh anaknya yang sedang menonton tv berusia 8 tahun supaya mandi sebelum malam menjelma. Selepas lima kali mengeluarkan arahan tanpa dihiraukan, ibu tersebut mengheret budak tersebut ke bilik air.

Namun, 5 minit selepas itu, budak itu tidak juga mandi-mandi, malah dia pergi ke bilik lain untuk bermain video game.”

Pernahkah anda mengalami situasi seperti diatas?

Ada satu persoalan menarik disini: Mengapa tidak anak-anak kita terus mengikut arahan dengan kita sekali suruh sahaja?

Sebenarnya ada beberapa perkara dan fakta yang perlu kita tahu mengenai sikap anak-anak kita yang kadang kala membuatkan kita rasa geram ini.

1. Keutamaan Mereka Tidak Sama Dengan Keutamaan Kita

Tiada kanak-kanak yang akan faham mengapa mandi itu kelihatan sangat perlu untuk kita. Dan setiap kanak-kanak selalunya mempunyai perkara lain yang dia sedang buat, yang mereka rasakan ‘lebih penting’ buat mereka.

Ia mungkin kelihatan tidak penting bagi kita, tetapi tidak bagi kanak-kanak. Yang dia sedang main itulah paling penting buatnya – Permainannya itu adalah kerjanya. Dan itulah cara kanak-kanak belajar.

Penyelesaian

Pertama sekali, cuba berhubung dengan anak kita dengan memerhatikan apa yang dia sedang buat dan cuba untuk mengambil tahu apa yang dia sedang buat.

“Wah, apa yang abang sedang lukis ni? Cantiknya, cuba cerita kat mak apa abang sedang lukis..?”

Kemudian, berikan mereka petanda bahawa kita akan mengganggu aktivitinya itu dengan arahan kita: “Sayang, sekarang masa untuk mandi. Awak nak mandi sekarang atau 5 minit lagi? Ok, lima minit tanpa tangguh-tangguh lagi tau? Ok, tu janji kita ya!”

2. Kita Membiasakan Anak Kita Tidak Memberi Perhatian Kepada Arahan Sehingga Kita Menjerit Atau Memarahi Mereka

Anak kita tak bodoh. Dia tahu dia boleh mendapat sebeberapa masa sebelum dia pergi mandi jika dia tidak mempedulikan arahan anda. Itu adalah sifat normal manusia terutamanya kanak-kanak.

Jadi, jika anak anda bersikap seperti budak 8 tahun seperti cerita diatas yang tidak mempedulikan sehingga 5 kali arahan dari ibunya, itu adalah petanda bahawa anda telah membiasakan anak anda untuk tidak serius sehinggalah anda naik angin dan menjerit.

Penyelesaian

Jangan beri arahan dari jauh, dari dapur contohnya. Pergi sedekat mungkin dengan anak anda dan sentuh mereka.

Berhubung dengan mereka dengan memberi pendapat tentang apa yang mereka sedang buat.

Kemudian katakan pada: “Maaf sayang, tapi mak ada sesuatu nak bagitahu..”, dan tunggu sehingga mereka melihat mata anda. Jika dia tetap merenung pada skrin, beri amaran padanya bahawa anda akan menutup game atau tv tersebut.

Jangan beri arahan sehingga dia membuat eye-contact dengan anda, jadi dia akan tahu yang anda sedang serius. Beri hanya satu amaran dan tetap pada arahan yang ingin anda berikan padanya. Tunggu sehingga dia buat seperti yang diarahkan.

Jika anda tidak berbuat demikian, anda hanya akan melatih dia untuk mengambil arahan anda secara sambil lewa dan tidak serius.

3. Mereka Memerlukan Bantuan Kita Semasa Transisi

Berikan satu amaran. Bila anda kembali dalam masa 5 minit, berhubung kembali dengannya dengan memberi komen pada aktivitinya, “Oh lukisan abang semakin cantik”, dan ingatkan mereka tentang janji yang telah dibuat, “Dah cukup masa 5 minit sayang. Ingat tak janji kita? Mandi tanpa tangguh-tangguh lagi. Masa untuk mandi sekarang.”

Minda mereka masih lagi sedang berkembang. Jadi dia mungkin mengalami masalah untuk mengikuti kehendak anda dan kehendak dirinya.

Jadi setiap kali anda menetapkan sesuatu arahan yang membuatkan dia mengalah terhadap kehendaknya untuk memenuhi kehendak anda, dia terpaksa membuat pilihan.

Bila dia memutuskan bahawa hubungan dengan anda adalah lebih penting berbanding dengan kehendak dia pada waktu itu, dia akur kepada kehendak kita. Setiap kali dia berbuat begitu, dia memperkuatkan lagi kebolehan mindanya untuk bersikap sedemikian.

Dengan cara itulah kanak-kanak membentuk disiplin kendiri.

4. Paksaan Terhadap Arahan Akan Mencetus Pemberontakan

Force creates push-back. Sudah menjadi sifat semulajadi setiap manusia untuk melawan apabila cuba dikawal dan diarah, begitu juga dengan kanak-kanak.

Semakin mereka berasa dikawal dan diberi tekanan, semakin mereka memberontak.

Mendidik anak-anak supaya mendengar kata bermakna kita sentiasa perlu ada untuk memberi arahan sebagaimana kita tahu anak-anak tidak mungkin dapat membuat keputusan sendiri.

Mengajar anak-anak untuk berdisiplin akan membuatkan anak tersebut mampu berfikir untuk dirinya sendiri, memilih apa yang betul dan tepat, serta mengelakkan daripada diambil kesempatan oleh pihak lain.

Kesimpulan

Memang lebih senang kepada kita sebenarnya jika anak-anak terus mengikut arahan kita tanpa banyak karenah.

Tapi bila anda mengikut amalan ini secara konsisten bukan hanya membesarkan anak yang mempunyai disiplin diri, tetapi juga membesarkan anak yang tahu bahawa anda akan mengikuti segala gerak gerinya, jadi dia tidak perlu diberi arahan berkali-kali untuk melakukan sesuatu perkara.

Semoga artikel ini bermanfaat, ikhlas daripada keluarga Tudung Si Comel. Sila tinggalkan komen anda mengenai cara mendisiplinkan anak yang berkesan.

Kami suka suka untuk mendengar pandangan anda!

3 comments

  1. Ilmu tentang mendidik anak yang amat baik.

    1. Sama-sama puan. InsyaaAllah kita sama-sama berkongsi ilmu dalam mendidik anak-anak

  2. terima kasih perkongsian ilmu dan teknik.. sama sama kita amalkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.