Meningkatkan Fokus Anak Guna 5 Tips Mudah Ini !

Usaha meningkatkan fokus anak merupakan satu cabaran yang tidak dapat dinafikan oleh pasangan ibu bapa. Kelemahan daya fokusnya memberikan kesan dari pelbagai sudut.

Ia boleh berlaku sama ada dari sudut pembelajaran ataupun kehidupan seharian.

Agak sukar untuk menangani masalah ini tetapi ia tidaklah mustahil. Terdapat pelbagai cara yang anda boleh lakukan bagi mengatasinya.

Membantu anak untuk mengalihkan perhatiannya daripada suatu aktiviti ke satu aktiviti yang lebih penting adalah salah satu cara untuk meningkatkan fokus anak.

Namun persoalan yang lebih utama adalah bagaimana anda harus melakukannya.

Secara umumnya, amat susah untuk kanak-kanak memberikan perhatian dengan sepenuh hati dalam tugasan yang diberi.

Situasi seperti ini sering terjadi terutamanya tugasan yang diberikan itu dilihat sukar baginya. Seterusnya menyebabkan dirinya untuk terus berputus asa sebelum mencuba.

Fokusnya akan hilang dengan sebegitu mudah seiring dengan tahap kepayahan sesuatu tugasan itu.

Jadi dalam artikel kali ini, kita akan membincangkan tentang pelbagai kaedah yang boleh anda lakukan bagi meningkatkan fokus anak dalam setiap tugasannya.

1. Menetapkan Kadar Masa Yang Sesuai Dengan Keupayaannya

Solusi tetapan masa bagi menyelesaikan tugasan tertentu membantu meningkatkan fokus anak. Menurut pakar, kadar tempoh keupayaan fokus kanak-kanak berbeza mengikut umur masing-masing.

Sebagai contoh mereka yang berusia 6 tahun dipercayai mempunyai had fokus sekitar 12 hingga 18 minit manakala bagi kanak-kanak berusia 7 tahun pula adalah sekitar 14 hingga 21 minit.

Meningkatkan fokus anak
Tempoh Daya Fokus Kanak-Kanak Berbeza Mengikut Usia

Dan durasi jangka masa ini akan meningkat seiring dengan usianya.

Oleh itu, anda perlu menghitung masa yang diperlukan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan sebelum diberikan kepada anak.

Jadi, untuk permulaan anda boleh mulakan dahulu dengan tugasan-tugasan ringan yang boleh diselesaikan dengan anggaran masa yang sesuai dengan keupayaan anak pada usia tertentu.

2. Mencipta Suasana Yang Membantu Meningkatkan Fokus Anak

Suasana persekitaran memainkan peranan penting dalam membantu anak untuk lebih fokus dalam melakukan sesuatu aktiviti.

Cuba anda bayangkan bagaimana anak anda mampu menghabiskan kerja sekolah apabila berada di depan televisyen.

Keasyikkan menonton rancangan kegemaran pasti membuatkannya mudah untuk mengetepikan kerja sekolah tersebut tanpa berfikir panjang.

Oleh hal sedemikian, penting bagi anda untuk menetapkan ruang khas yang sesuai dengan tugasan yang hendak dilakukannya.

Ruang khusus di dalam rumah seperti bilik ulang kaji tanpa sebarang gadget dibenarkan di dalamnya boleh membantu untuk meningkatkan fokus anak bagi menyiapkan kerja sekolah dengan lebih berkesan dan cepat.

Sumber pencahayaan yang terang dan mencukupi juga turut membantunya untuk menumpukan perhatian sepenuhnya.

3. Diselangi Waktu Rehat

Pernahkan anda dengar tentang Teknik “ Promodoro ” ?

Promodoro adalah sejenis teknik yang menggunakan rangka atau durasi masa untuk menyiapkan tugasan yang diselangi dengan beberapa tempoh waktu rehat yang pendek.

Formula yang biasa digunakan adalah dalam 30 minit tempoh yang diperuntukkan untuk melaksanakan satu kerja itu, 25 minit digunakan melakukan kerja.

Manakala 5 minit untuk berehat.

Melakukan Suatu Tugasan Tanpa Henti Boleh Menghasilkan Tekanan

Mungkin bagi kanak-kanak di usia yang lebih kecil anda boleh mengubah suai tempoh masanya. Ini kerana mereka mempunyai durasi fokus yang lebih rendah berbanding golongan dewasa.

4. Elakkan Aktiviti Yang Bersifat Multitasking

Golongan dewasa pun belum tentu mampu melakukan kerja-kerja Multitasking, apatah lagi kanak-kanak yang masih mentah.

Konsep mudahnya adalah anda perlu mendidik anak untuk siapkan satu tugasan pada satu masa. Tumpuan mereka pasti akan terganggu dengan mudah jika dibebani dengan pelbagai tugasan pada waktu yang sama.

Multitasking sering kali dilihat sebagai sesuatu yang produktif sedangkan hakikat sebenarnya adalah sebaliknya.

Jika anda kehendakinya mengulang kaji pelajaran dan mengemas bilik pada hari yang sama, pastikan salah satu daripada tugasan tersebut selesai dahulu sebelum beralih kepada yang seterusnya.

Dengan ini gangguan pada fikirannya dapat dielakkan dengan baik.

 5. Membahagikan Tugasan Besar Dalam Bentuk Tugasan-Tugasan Kecil

Dengan memecahkan tugasan besar kepada bentuk tugasan-tugasan yang lebih kecil memberi suatu gambaran kepada anak bahawa ia adalah tugasan yang mudah untuk dilaksanakan.

Jadi kita ambil contoh jika anda mahukan anak anda mahu mengemaskan biliknya, bagaiman anda akan mengarahkannya,

Arahan untuk mengemaskan bilik semata-mata sudah pasti sangat tidak membantu.

Cara yang lebih sesuai adalah :

Fateh...nanti tolong lipat selimut.
Habis lipat selimut nanti, tolong bawa baju-baju kotor ke mesin basuh ya...
Sudah habis semua nanti kita makan sama-sama.

Anda dapat perhati contoh yang telah dinyatakan. Tugasan utama adalah untuk memastikan bilik kemas dan tidak bersepah.

Lalu ia dipecahkan dalam beberapa tugasan kecil yang kelihatan amat mudah dan cepat untuk diselesaikan.

Arahan dan permintaaan diganjari dengan sesuatu apabila ia berjaya diselesaikan. Begitulah salah satu lagi cara meningkatkan fokus anak dalam melakukan sesuatu kerja.

Penutup

Secara kesimpulannya, kanak-kanak secara hakikatnya mempunyai daya keupayaan fokus yang berbeza dengan golongan dewasa dan remaja disebabkan faktor usia.

Namun, keupayaan tersebut dapat dipertingkatkan melalui beberapa kaedah yang sesuai dengan usianya.

Jangan Lupa Like & Share !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa