Jadilah Ibu Bapa Yang Menyembunyikan Masalah

menyembunyikan masalah daripada anak-anak
proses pembesaran anak-anak diharus diganggu. Kita harus menyembunyikan masalah kita dengan bijak..

Masalah ada dimana-mana.

Setiap masalah pasti timbul dalam kehidupan manusia supaya mereka tahu mengkaji punca dan mencari jalan penyelesaian.

Masalah timbul dan muncul dalam hidup manusia sama ada dikehendaki ataupun tidak.

Manusia tidak dapat lari daripada masalah kerana masalah adalah salah satu ‘kawan’ yang hadir dalam hidup manusia.

Oleh itu mustahil untuk kita mengelakkan masalah.

Apa yang boleh kita lakukan adalah belajar untuk keluar dari setiap masalah dengan penuh hikmah dan bijaksana.

 

Menjadi ibu bapa bukan mudah.

Kita perlu mencari rezeki yang halal, menjadi suami dan isteri baik, membesar dan mendidik anak-anak dengan sempurna.

Apabila hidup dalam keluarga yang mempunyai pelbagai rupa dan bentuk, pasti mengundang masalah. Ibu bapa yang cemerlang adalah ibu bapa yang dapat menyembunyikan masalah mereka daripada anak-anak.

Proses pertumbuhan mental anak-anak mesti dijaga supaya tidak mengalami gangguan.

Apabila anda mempunyai sebarang masalah berkaitan konflik suami isteri, masalah kewangan, masalah tekanan kerja, masalah peribadi yang tiada kena mengena dengan anak-anak, jangan luahkan atau membiarkan anak-anak terlibat sama.

Belajar menyembunyikan masalah dan segala perkara yang berkaitan, supaya anak-anak tidak terganggu dan mengalami tekanan atau menjejaskan mental mereka.

 

Cuba belajar menyembunyikan masalah Dan selesaikan segala masalah yang anda hadapi tanpa melibatkan anak-anak.

Anak-anak sedang dalam proses pembelajaran juga patut dibiarkan menumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran dan tidak terganggu dengan masalah anda.

Sembunyikan masalah anda supaya anak-anak membesar dengan fizikal dan mental yang sihat, gembira dan tenang hati.

Bergembiralah dan layan anak-anak dengan penuh kasih sayang walaupun anda menghadapi pelbagai masalah.

Anak-anak hanya inginkan kasih sayang, kegembiraan dan ketenangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa