Nak Didik Anak Cara Islam? Jom Ikut 5 Tips Ini

Didik anak cara islam adalah impian bagi setiap ibu bapa pada masa kini. Ini kerana, setiap ibu bapa sudah pastilah mahukan anak yang soleh dan solehah

Tetapi untuk menjadikan anak kita seorang yang soleh dan solehah serta mengikut ajaran islam bukanlah satu perkara yang mudah. Tambahan pula jika inggal di bandar-bandar besar pengaruh sekeliling sangatlah kuat. Lebih-lebih lagi dengan masalah sosial yang semakin hari semakin teruk di bandar-bandar besar ia membuatkan kebanyakkan ibu bapa merasa risau dengan anak mereka terutama sekali anak perempuan.

Ini kerana, untuk menjaga dan mendidik anak perempuan bukanlah satu perkara yang mudah. Untuk menjadikanya wanita muslim sejati satu cabaran besar buat para ibu bapa pada zaman modern ini.

Ada Beberapa Tips Penting Yang Boleh Digunakan Untuk Didik Anak Cara Islam

Disebabkan itulah, ramai ibu bapa pada masa kini terutama sekali ibu bapa muda yang mula berusaha keras untuk mendidik anak-anak mengikut ajaran islam. Ia supaya anak-anak dapat membesar dengan mempunyai ilmu agama yang mencukupi dan pegangan agama yang kukuh sekali gus dapat mengelakkan anak-anak mereka terjeremus ke dalam perkara yang tidak elok dan boleh merosakkan nama baik keluarga.

Tambahan pula dengan pengaruh sekeliling yang kebanyakkanya tidak elok, menambahkan lagi kerisauan para ibu bapa terhadap anak-anak mereka yang sedang membesar. Dengan isu masih ada anak kecil yang berana bauat masalah sosial, membuatkan ibu bapa mula mengambil inisiatif untuk didik anak cara islam. Ada beberapa tips yang boleh para ibu bapa gunakan untuk didik anak cara islam. Jom kami kongsikan tipsnya kepada anda

1- Dedahkan Anak-Anak Dengan Ajaran Islam

Untuk menjasikan anak-anak yang mentaati perintah Allah dan meninggalkan segala laranganya, ia perlu bermula sejak mereka asih kecil lagi. Ini kerana, pada usia kecillah mudah untuk kita mendidik berbanding apabila mereka sudah dewasa. Pada waktu inilah masa yang sesuai untuk kita dedahkan perkara yang boleh dan perkara yang dilarang didalam islam. Salah satunya ialah menutup aurat, menjaga batas dengan orang lain dan sebagainya.

2- Tunjukkan Contoh Yang Baik

Satu lagin tips penting yang boleh kita amalkan ialah dengan menunjukkan contohyang baik kepada anak-anak ketika berada di rumah. Tunjukkan percakapan dan perbuatan yang elok ketika berada dihadapan mereka. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan apa yang mereka lihat terutama sekali daripada ibu bapa mereka dan juga dari mereka yang lebih dewasa.

Baca Juga: Selamat Tinggal (Sementara)

3- Ajar Anak Bersolat Dan Puasa

Selain itu, pada waktu kecil, jugalah waktu yang sangat sesuai untuk kita mula ajar mereka bersolat dan mula ajar mereka berpuasa. Solat merupakan tiang utama dan wajib untuk kita tunaikan sebagai seorang yang beragama islam. Jadi, untuk menjadikan anak-anak menunaikan solat dengan mudah tanpa di suruh, ia perlu bermula sejak mereka masih kecil

4- Tegas Dalam Mendidik

Setiap ibu bapa sudah pastilah sangat menyayangi anak mereka. Tetapi itu tidak bermakna kita boleh terlampau manjakan anak sehinggakan anak buat salah pun langsung kita tidak tegur. Sebaliknya, perlu ada sedikit ketegasan terutama sekali bila berkaitan agama. Jadi, ia dapat membuatkan anak-anak sentiasa beringat dan tidak melakukan kesilapan yang boleh merosakkan diri dan masa depan mereka.

Ibu Bapa Perlu Mainkan Peranan Utama

Kesimpulanya, dalam mendidik anak, ibu bapalah yang memainkan peranan sangat penting kerana semuanya bermula dari rumah. Jangan sesekali meletakkan tanggungjawab mendidik anak kepada orang lain sebab ibu bapalah yang mencorak masa depan anak-anak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa