Nak Disiplinkan Anak?Jom Ikut 4 Cara Mudah Untuk Ajar Anak Berdisiplin

Hendak disiplinkan anak ia perlulah bermula sejak mereka masih kecil lagi. Walaupun anak-anak masih kecil tetapi kita tetap perlu mengajar dan mendisiplinkan mereka.

Disiplinkan Anak

Memang benar anak-anak masih kecil dan sudah pastilah setiap ibu bapa mahu manjakan anak-anak tetapi jika terlampau memanja anak ia boleh memberikan kesan buruk dan akan menyebabkan anak-anak langsung tidak mahu melakukan sebarang kerja. Anak-anak semakin hari semakin membesar, justeru itu jika tidak ajar anak berdisiplin sejak mereka masih kecil sudah pastilah mereka hanya akan bergantung harap kepada diri kita sepenuhnya sahaja.

Disiplinkan Anak Bukan Bermaksud Kita Tidak Sayangkan Mereka

Tapi macam kejam pula bila kita suruh mereka buat kerja sedangkan dia masih kecil lagi. Sebenarnya, disiplinkan anak bukan bermaksud kita kejam atau tidak sayang mereka. Sebaliknya, ia adalah untuk tujuan mendidik dan mendisiplinkan anak-anak supaya menjadi seorang insan yang berguna apabila besar nanti.

Dalam pada masa yang sama jika kita disiplinkan anak kita sejak mereka masih kecil ia secara tidak langsung membuat anak kita menjadi seorang yang lebih berdikari dan tidak bergantung harap sepenuhnya kepada kita nanti. Jadi takdelah kita akan merasa risau jika berpisah dengan anak kerana menyambung pelajaran dan sebagainya. Jom kami kongsikan beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk disiplinkan anak anda. Antara caranya ialah:

1- Ajar Anak Kemas Tempat Tidur

Perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan mendidik anak supaya kemas tempat tidur. Perkara ini perlu dijadikan sebagai rutin anak-anak kita dan perlu dilakukan apabila mereka sudah tidur di bilik sendiri.

Sebab kenapa kita kena ajar anak-anak kemas tempat tidur adalah bertujuan untuk mendidik anak-anak supaya mempunyai sikap pembersih dalam diri mereka. Tamabahan pula, apabila mereka sudah mula memasuki asrama atau berjauhan dari keluarga sudah pastilah mereka kena mengemas tempat tidur mereka sendiri.

Disiplinkan Anak

2-Sidai Tuala Selepas Digunakan

Cuba bayangkan apa akan jadi jika tuala yang baru digunakan selepas mandi tidak dijemur dengan elok? Sudah pastilah ia akan menyebabkan tuala tersebut akan menjadi lembab dan seterusnya akan menjadi tempat pembiakkan kuman yang juga boleh menyebabkan kita jatuh sakit.

Sebab itulah kita kena didik anak-anak supaya menjemur tuala mandi mereka setiap kali mereka selesai menggunakanya terutama sekali selepas mandi. Ia untuk mengelakkan daripada anak kita jatuh sakit jika menggunakan tuala mandi yang lembab.

Baca Juga: Anak Malas Belajar?- 5 Tips Terbaik Supaya Anak Rajin Belajar

3- Basuh Pinggan Selepas Makan

Selain dari cara di atas, satu lagi cara yang boleh anda gunakan ialah dengan mengajar anak-anak mencuci pinggan selepas makan. Ia adalah sebagai tujuan untuk kita mengajar anak-anak menjaga kebersihan. Jika pinggan yang tidak digunakan di biarkan begitu sahaja sudah tentulah ia akan menyebabkan jadi tempat lalat hurung dan seterusnya boleh menyebabkan kita terkena penyakit yang di bawa oleh lalat tersebut. Bukan itu sahaja, jika sikap tidak suka cuci pinggan selepas makan ini berterusan sehingga dewasa ia mungkin akan membuatkan rakan serumah akan menjadi tidak selesa.

4- Ajar Anak Beradap

Tips Yang Terakhir ini adalah tips yang paling penting dan paling wajib yang perlu dilakukan dan perlu diterapkan oleh setiap ibu bapa sejak anak-anak masih kecil. Adab antara perkara yang sangat penting dan perlu ada dalam setiap dari kita. Justeru itu, sejak anak-anak dari kecil lah kita perlu terapkan adab dalam diri mereka seperti adab makan, adab bercakap dengan orang tua dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa