Nak Latih Anak Berpuasa? Ini 5 Tips Mudahnya

Latih anak berpuasa bukan satu perkara yang mudah kerana, berpuasa merupakan perkara baru buat kanak-kanak dan mereka belum mengenali mengenai puasa.

latih Anak Berpuasa

Bila tiba bulan Ramadhan, sudah pastilah semua umat islam diwajibkan untuk menunaikan ibadah puasa. Ia termasuk dalam salah satu syarat rukun islam. Justeru itu, bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil, sudah pastilah mereka mahu mendedahkan anak-anak mereka dengan pengalaman berpuasa sewaktu mereka masih kecil supaya mereka sudah terbiasa berpuasa di bulan Ramadhan.

Jom Ikut 5 Tips Mudah Ini Untuk Latih Anak Berpuasa

Tetapi untuk melatih anak kecil mula berpuasa bukanlah satu perkara yang mudah kerana, ia merupakan perkara baru mereka dan tidak biasa lagi untuk berpuasa seperti mereka yang telah besar. jika terlalu memanksa anak kecil berpuasa ia akan membuatkan mereka merasa stress dan seterusnya akan menyebabkan mereka tidak mahu belajar berpuasa.

Sebaliknya, ada beberapa cara mudah yang boleh digunakan untuk ajar anak anda berpuasa walaupun mereka masih kecil. Jom kami kongsikan dengan anda cara untuk mendidik anak kecil berpuasa. Antara caranya ialah:

1- Mulakan Secara Berperingkat

Tips pertama ini merupakan tips yang sangat penting jika nak latih anak anda berpuasa. Bagi anak ecil ia merupakan satu perkara yang baru. Justeru itu, kita tidak boleh terlalu memaksa mereka berpuasa penuh seperti orang dewasa pada peringkat awal ini. Sebaliknya, untuk melatih anak berpuasa kita perlu bermula secara berperingkat. Contohnya hari ini 1 jam, esoknya setengah hari dan sebagainya. Secara berperingkat ini kita dapat melatih anak berpuasa seacara perlahan-lahan

latih Anak Berpuasa

2- Lakukan Aktiviti Indoor

Anak kecil, gear bermain terutama sekali aktiviti lasak terutama sekali aktiviti yang mengeluarkan peluh. Namun, apabila tiba bulan Ramadan, aktiviti yang lasak dan mengeluarkan peluh sebeini tidak sesuai untuk dilakukan pada siang hari terutama sekali kepada anak-anak kecil kita nanti.

Ia akan buatkan mereka akan cepat lapar dan dahaga. Akibatnya, mereka akan timbul keinginan untuk makan dan minum. Jadi, kita perlu mula merancang aktiviti atau game indoor yang tidak memenatkan dan yang penting ia menyeronokkan

Baca Juga: Nak Didik Anak Cara Islam? Jom Ikut 5 Tips Ini

3- Ceritakan Manfaat Dan Kelebihan Berpuasa

Tips untuk latih anak berpuasa yang seterusnya pula ialah kita memainkan peranan dengan menceritakan kepada anak kita sebab mereka berpuasa dan kelebihan berpuasa di bulan Ramadan. Kanak-kanak biasanya mempunyai sikap ingin tahu terutama sekali bagi perkara yang baru.

Jadi, untuk tarik minat mereka berpuasa ibu bapa perlu bercerita mengenai kelebihan dan sebab mereka berpuasa. Cerita dalam menggunakan style yang menyeronokkan. Secara tidak langsung anak-anak akan merasa seronok berpuasa walaupun tanpa di suruh.

latih Anak Berpuasa

4- Gunakan Ganjaran

Satu lagi tips latih anak berpuasa yang boleh digunakan ialah dengan berikan ganjaran. Ganjaran tidak semestinya mengenai berikan wang ringgit sahaja tetapi juga mungkin anda boleh gunakan jika mereka berpuasa penuh sepanjang hari, anda akan masak makanan kegenaran mereka. Cara sebegini akan buatkan mereka menjadi eksited dan tidak sabar-sabar nak berpuasa sepenajang hari tersebut.

5- Puji Mereka

Tips latih anak berpuasa yang terakhir ni antara yang terpenting. Walaupun pada permulaan anak anda dapat berpuasa cuma setengah hari atau beberapa jam sahaja, jangan kondem mereka. Tetapi beri pujian kepada mereka sebab berani berpuasa dan berusaha berpuasa walaupun baru pertami kali.

Dalam masa yang sama galakkan mereka untuk terus berpuasa penuh pada hari seterusnya. Dengan pujian sebegini akan buatkan anak-anak anda happy dan mahu terus berpuasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa