Dukacitanya dimaklumkan, bermula 16 Julai 2025, pihak TudungSiComel akan melaksanakan pelarasan harga ke atas sebahagian produk kami.
Langkah ini diambil selepas melalui pertimbangan yang teliti, berikutan beberapa faktor luar kawalan yang memberi kesan langsung kepada operasi kami, termasuk:
- Peningkatan kos bahan mentah
- Kenaikan caj platform jualan (marketplace fees)
- Peningkatan kos pengurusan operasi syarikat
Kami sedar bahawa perubahan ini mungkin memberi kesan kepada sebahagian pelanggan, namun keputusan ini bukanlah dibuat secara mudah. Sebaliknya, ia adalah satu keperluan bagi memastikan:
- Kualiti produk kami terus terjamin
- Khidmat pelanggan kekal lancar dan mesra pengguna
- Pengalaman pembelian kekal positif dan profesional
TudungSiComel komited untuk terus menjadi jenama pilihan ibu bapa di Malaysia, bukan sahaja dari aspek harga, tetapi juga dari segi nilai, kepercayaan dan kualiti yang telah kami bina sejak penubuhan kami.
Kami menghargai setiap sokongan dan kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan setia selama ini, dan kami akan terus berusaha memberikan yang terbaik untuk anda dan si comel tersayang.
Sekian, terima kasih. 🙇🏻♀️