TudungSiComel Diundang ke Pasar Seloka anjuran Media Prima: Permainan dan Hadiah Raya Menarik!
Pada 20 Mac 2025, TudungSiComel berkesempatan untuk menyertai acara Pasar Seloka yang dianjurkan oleh Media Prima di Bangsar. Acara ini merupakan peluang yang sangat bermakna untuk kami memperkenalkan jenama TudungSiComel kepada lebih ramai orang sambil memeriahkan suasana dengan aktiviti menarik di booth kami.


Sepanjang acara tersebut, booth TudungSiComel antara yang menjadi tumpuan ramai, terutamanya kerana permainan bertemakan Hari Raya yang kami sediakan. Pengunjung berpeluang mencuba pelbagai permainan seronok seperti teka lagu raya, teka kuih raya, dan teka makanan raya. Setiap pemenang akan membawa pulang hadiah menarik seperti anak tudung, sampul raya, voucher, mirror badge dan cenderahati eksklusif TudungSiComel.
Antara pengunjung booth kami termasuklah kakitangan Media Prima yang sangat sporting menyertai permainan, serta selebriti seperti Black Hanifah dan Marsha Milan London yang turut menceriakan suasana. Kami begitu teruja melihat sambutan baik daripada semua yang hadir walaupun tidak sempat merakamkan banyak gambar.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Media Prima kerana memberi peluang kepada TudungSiComel untuk menyertai acara meriah ini. Ia adalah pengalaman yang amat bermakna buat kami, dan kami berharap dapat terus menjalin kerjasama pada masa akan datang.

Semoga TudungSiComel terus berkembang dan sentiasa memberi kegembiraan kepada semua. Jangan lupa untuk mengikuti perjalanan kami di media sosial bagi kemas kini aktiviti akan datang. Terima kasih kepada semua yang telah menyokong kami, dan semoga kita berjumpa lagi di acara seterusnya!