Alhamdulillah Allah gerakkan hati kita untuk menjadikan syarikat TudungSiComel(SBZ Prima Sdn Bhd) sebagai sebuah syarikat yang Patuh Shariah.
Kita telah mendapatkan khidmat rundingan dari pihak Elzar Shariah Solution & Advisory untuk membantu dan menasihati kita dalam urusan serta perjalanan syarikat agar berada dalam landasan yang betul dan patuh shariah.
Pada 21 Jun 2022, kita telah diberikan taklimat awal oleh Dr Zaharuddin dari pihak Elzar berkaitan proses untuk menjadikan syarikat TudungSiComel sebagai sebuah syarikat yang Patuh Shariah.
Pada 7 Julai 2022, wakil dari pihak Elzar telah membuat lawatan pertama ke TudungSiComel untuk membuat audit awal bagi melihat proses pengoperasian syarikat dan pemasaran yang dibuat.
Alhamdulillah kita telah menerima beberapa teguran yang baik untuk kita perbaiki dan perkemaskan agar segalanya memenuhi piawaian Patuh Shariah.
Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Syafiq dan Ustaz Mustafar atas khidmat nasihat yang diberikan. In shaa Allah kita akan usahakan untuk perbaiki teguran-teguran yang diberikan dengan segera.
Semoga Allah SWT rahmati perniagaan kita dan hadirkan rezeki yang halal dan berkat menerusi perniagaan yang kita jalankan ini.
Mudah-mudahan juga ianya dapat memberi manfaat kepada pembeli dengan memperoleh produk patuh shariah serta Rakan Dropship TudungSiComel dengan rezeki yang halal dan berkat. Aamiin
Masya-Allah..Tahniah TSC Team!!
Terima kasih puan Hashimah ^_^