Pemenang Pertandingan Baju Sekolah Istimewa

Alhamdulillah, setelah mendengar pandangan rakan-rakan, kita akhirnya telah menyenaraipendekkan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk kita hasilkan Set Baju Sekolah Istimewa TudungSiComel.

In shaa Allah kita akan sentiasa perbaikinya dari masa ke semasa. Jadi cadangan puan tidak hanya berakhir di sini.

Antara perkara yang akan kita usahakan adalah:

1. Poket Baju Sekolah dijahit beserta Zip Sorok yang mampu mengelakkan wang Si Comel keciciran. Zip Sorok dipilih kerana ianya kelihatan lebih kemas berbanding Zip Biasa. Ini juga boleh mengelakkan poket terkoyak disebabkan tersangkut di bucu meja (^_^)

2. Poket lebih dalam dari biasa bagi mebolehkan barangan di dalam poket Si Comel tidak tercicir jika terlupa dizipkan.

3. Menggunakan materiel Koshibo yang lebih berkualiti berbanding kain kapas biasa dan mudah digosok. Materiel Koshibo nampak lebih kemas.

4. Materiel Putih Kebiruan yang mampu membuatkan baju Si Comel kelihatan sentiasa bersih.

5. Lipatan kain dijahit terus agar mudah digosok.

6. Pergelangan tangan dijahit dengan 2 pilihan iaitu dijahit getah (sesuai untuk sekolah agama) dan tidak dijahit getah (untuk sekolah kebangsaan biasa).

7. Jahitan tepi diperkemaskan dengan 2 kali jahitan pada bahagian-bahagian yang biasa tertetas.

Selain di atas, kita ada menerima beberapa lagi cadangan seperti menjahit sekali lining baju (kain dalam) namun in shaa Allah akan diusahakan untuk masa akan datang. Terima kasih.

 

3 PEMENANG BERTUAH

Akhirnya, tibalah masa untuk kita umumkan pemenang untuk pertandingan kali ini. Pemenang ini dipilih secara rawak sahaja berdasarkan cadangan yang diberikan.

Kepada yang tidak berjaya, jangan putus asa, in shaa Allah kita akan usahakan lebih banyak lagi pertandingan di masa akan datang. In shaa Allah.

Pemenangnya adalah….jeng jeng jeng….

3 Pemenang Bertuah Memenangi 1 set Baju Sekolah + Kain setiap seorang adalah…

 

Baju Sekolah 1

 

Baju Sekolah 2

 

Baju Sekolah 3

 

Tahniah kepada yang dipilih kali ini dan tahniah juga kepada semua yang menyertainya. Jika tidak menang kali ini, in shaa Allah lepas ini kita akan anjurkan pertandingan Menggayakan Baju Sekolah Istimewa kita pula, in shaa Allah (^_^).

Kepada pemenang di atas, mohon whatsapp kita ke 011-28200399 untuk menuntut hadiah.

 

TEMPAHAN SET BAJU SEKOLAH ISTIMEWA EDISI TERHAD

Untuk Baju Sekolah ini, kita tidak dapat jahit dalam kuantiti pukal kerana agak kesuntukan masa, jadi kita hanya akan jahit dalam kuantiti terhad sahaja.

Jadi sekiranya puan berminat, boleh membuat tempahan awal (Pre-Order). Jika sais baju yang ditempah tidak sesuai dengan Si Comel, masih sempat untuk dibuat pertukaran nanti (sebelum buka sekolah).

Untuk membuat tempahan Baju Sekolah Istimewa Edisi Terhad kita, jemput puan klik pada butang di bawah:

Koleksi TudungSiComel

 

Published by

Admin

“Misi kita adalah untuk membudayakan budaya pemakaian tudung bermula dari usia muda. Kita percaya; melentur buluh biarlah dari rebungnya“

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

WordPress Anti-Spam by WP-SpamShield