Pemenang Pertandingan Taq Line JubahSiComel.com

Salam rakan-rakan comel semua =)

Alhamdulillah, kita menerima banyak penyertaan untuk pertandingan yang kita anjurkan itu hari. Pertandingan mencari Taq Line yang sesuai untuk rakan niaga kita, FB/JubahSiComel.com =)

 Pertandingan JubahSiComel

Setelah meneliti dengan penuh khusyuknya, akhirnya mereka (Pihak JubahSiComel.com) telah membuat senarai pendek dan akhirnya juga hakim telah memutuskan pemenang kepada pertandingan tersebut (perh ayat hehe).

Pemenangnya adalah….

Em sebelum tue nak maklum dulu hadiahnya adalah sehelai jubah si comel buat si comel pemenang dan juga kepada si comel rakan pemenang (partner) seperti yang dijanjikan.

Jubah yang dihasilkan dengan materiel yang berkualiti mampu membuatkan anak anda selesa memakainya (promote sikit hehe).

Pemenang Pertandingan

Ok, sekarang sampailah masanya untuk umumkan pemenangnya. Pemenangnya adalah….

Em sebelum tue juga hehe…(jangan marah aa), pemenang yang akan diumumkan haruslah menghubungi terus pihak JubahSiComel.com untuk menuntut hadiah.

Kami (TudungSiComel.com) hanyalah membantu sahabat kami sahaja. Walaupun nama hampir sama, tapi sebenarnya kami berbeza. Lain mak dan lain bapak =)

 

Pemenangnya adalah….(ini betul-betul) =)

Dengan Slogan (taqline) yang dipilih;

Aurat terjaga, Anak selesa, Ibu gembira

Oleh Puan Sumarni Hassan.

Tahniah kepada puan Sumarni. Mohon pihak puan untuk hubungi JubahSiComel.com untuk menuntut hadiah =)

Tahniah! Tahniah! Tahniah! =)

tahniah

*Ingatan: JubahSiComel dan TudungSiComel adalah dua entiti yang berbeza walaupun nama hampir sama =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

International Warranty

Offered in the country of usage

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa