Alhamdulillah, kami berbesar hati menerima kunjungan Puan Zura, wakil pembantu penolong Amil Lembaga Zakat Selangor (LZS), bagi membantu kami membuat semakan dan pengiraan Zakat Perniagaan serta Zakat Pendapatan (Peribadi).

Tujuan utama kami menjemput beliau adalah untuk mendapatkan penjelasan dan kepastian tentang kaedah pengiraan zakat yang tepat, agar bayaran zakat yang telah dan akan ditunaikan benar-benar memenuhi tuntutan syariat.
Alhamdulillah, banyak ilmu dan kefahaman baharu yang kami peroleh sepanjang sesi ini, khususnya berkaitan perkara-perkara yang sebelum ini masih kurang jelas.
Kami percaya bahawa zakat bukan sekadar kewajipan mengeluarkan sebahagian harta, tetapi juga amanah yang perlu ditunaikan dengan ilmu, keikhlasan dan penuh tanggungjawab.
Allah SWT berfirman:
“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.” ~ Surah Al-Baqarah (2:43)
Rasulullah ﷺ juga bersabda:
“Islam dibina atas lima perkara: Mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan solat, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa pada bulan Ramadan.” ~ Riwayat al-Bukhari, No. 8 (Sahih)
Semoga usaha kecil ini menjadi asbab keberkatan rezeki, penyucian harta dan kemajuan perniagaan yang bukan sahaja berjaya di dunia, tetapi turut mendapat keredaan Allah SWT.
Terima kasih kepada Puan Zura atas kesudian berkongsi ilmu dan memberikan bimbingan.


Semoga Allah SWT memberkati setiap rezeki yang dikurniakan dan membimbing kita untuk sentiasa menunaikan hak-Nya serta hak mereka yang memerlukan.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
Khidmat Nasihat
Bagi yang ingin mendapatkan penjelasan lanjut atau bimbingan mengenai pengiraan dan pembayaran zakat agar lebih yakin dalam menunaikan kewajipan ini, bolehlah menghubungi Puan Zura, wakil Lembaga Zakat Selangor, di talian 013-376 0781 / 011-4967 4001


