10 Peranan Wajib Ibu Bapa Membantu Anak Menjelang Peperiksaan

peperiksaan
Ibu bapa memainkan perananan penting dalam membantu anak menghadapi peperiksaan

Setiap kali menjelang peperiksaan, ibu bapa biasanya lebih bimbang  berbanding anak-anak. Kebimbangan ini lebih ketara di pihak ibu berbanding bapa.

Ibulah yang lebih gemuruh dan risau. Bapa pula biasanya lebih tenang dan terkawal perasaannya.

Jangan pula kerana tekanan yang kita rasakan dan harapan yang kita letakkan pada seorang anak, membuatkan kita kelam kabut sehingga lupa apa yang sepatutnya dilakukan di saat menjelang peperiksaan.

Salah pendekatan kita maka anak yang menerima akibatnya kelak hingga tanpa disedari menjejaskan prestasi peperiksaannya.

Sebab itulah kita sebagai ibu bapa mesti tahu persediaan yang perlu dilakukan bagi membantu kecemerlangan anak-anak menjelang peperiksaan.

Berikutan musim peperiksaan yang makin menghampiri, artikel kali ini yang dirujuk daripada buku teknik memotivasikan anak – Dr. Tengku Asmadi,  saya ingin berkongsi dengan ibu bapa semua mengenai peranan yang wajib dibuat oleh semua ibu bapa untuk membantu anak menjelang peperiksaan.

1. Fahami Tekanan yang Dihadapi oleh Anak

Bukan sahaja ibu bapa yang bimbang, anak-anak juga sebenarnya bimbang. Mungkin ada di antara mereka tidak menunjukkan kebimbangan tetapi ia dapat dilihat daripada segi perubahan sikap dan tingkah laku mereka.

peperiksaan

Ada anak-anak yang rungsing lalu tidak berselera makan tetapi ada juga yang menjadi terlalu kuat makan. Ada yang tidak boleh tidur tetapi ada pula yang semakin banyak tidurnya.

Ada yang murung, marah-marah, sensitive dan sebagainya. Sememangnya perasaan bimbang menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan tingkah laku ini.

Sebagai ibu bapa , kita mesti peka terhadap perubahan ini dan cuba sedaya upaya mengurangkan tekanan itu dengan lebih memahami mereka.

Nyatakan kepada mereka dengan jelas, apa yang kita harapkan daripada mereka hanyalah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan diri mereka.

Nyatakan juga kepada mereka bahawa kecemerlangan akademik bukan hanya satu-satunya syarat bagi  mereka hidup cemerlang di dunia Allah ini.

Ramai mereka yang gagal dalam pelajaran tetapi dapat hidup senang dan berjaya dalam bidang sukan, nyanyian, muzik, seni, lakonan, perniagaan dan lain-lain.

Apabila tinggal beberapa hari lagi menjelang peperiksaan, elakkan daripada menyuruh mereka menjawab terlalu banyak soalan-soalan yang tidak diketahui penyelesaiannya kerana ini dapat membuatkan mereka rasa tidak bersedia.

Keyakinan diri tergugat dan ini menjejaskan prestasi ketika menjawab soalan-soalan yang mereka sedia ketahui.

Adalah lebih baik ibu bapa diam tanpa memberi sebarang komen apabila didapati perasaan anak terlalu tertekan sehingga ada ketikanya dia memberontak lalu meluahkan perasaannya dengan mengatakan dia pasti gagal.

Perhatikan sahaja gelagat anak kerana biasanya luahan perasaan itu bukanlah perasaan yang sebenar. Dia tidak bermaksudkan apa-apa dengan kata-katanya. Ia sekadar melepaskan perasaan. Itu sahaja. Oleh itu biarkan anak itu seketika.

Selepas itu ajak anak melakukan aktiviti yang menyeronokkan tanpa perlu keluar dari rumah. Misalnya adakan masa menonton cerita jenaka seketika. Berhibur dan bergelak ketawalah sekeluarga.

Ini dapat mengendurkan perasaan tegang dalam diri anak dan dia kini bersedia belajar semula.

Waktu ini, tanamkan keyakinan dalam diri mereka semula. Rancang bersama jadual ulang kaji mereka dan cuba mudah-mudahkan setiap langkah yang mahu diambil.

2. Tingkatkan Keyakinan Diri Anak

peperiksaanKeyakinan diri yang tidak mantap sering menghantui jiwa anak-anak.

Ada diantara mereka memang sudah membuat ulang kaji sejak awal lagi tetapi tetap tiada keyakinan diri.

Sebagai ibu bapa, kita perlu tahu keyakinan itu datangnya daripada persediaan. Semakin bersedia anak kita maka semakin yakinlah dia.

Persediaan ini pula bukanlah sekadar membaca, menghafal dan menyediakan nota semata-mata. Persediaan ini mestilah merangkumi aspek menerima (input) dan mengeluarkan (output) maklumat.

Proses mendapat maklumat termasuklah membaca, membuat nota ringkas, menghafal, bertanya, dan mengetahui teknik menjawab soalan-soalan.

Proses mengeluarkan maklumat pula adalah menjawab soalan-soalan seperti membuat latihan, latih tubi dan simulasi dengan menggunakan segala  pengetahuan yang diperolehi dalam proses mendapat maklumat itu tadi.

Galakkan anak menjawab sebanyak mungkin soalan agar mendapat mengalaman. Lebihkan latih tubi bagi mana-mana topik yang agak lemah ataupun bentuk soalan yang kurang dikuasai.

Seterusnya perhebatkan simulasi dengan menjawab soalan-soalan tahun lepas serta soalan-soalan ramalan mengikut mengikut masa yang ditetapkan.

Lakukan proses simulasi ini seolah-olah dia benar-benar berada dalam dewan peperiksaan yang sebenar.

3. Dorong anak secara Positif

Ibu bapa perlu selalu memberikan harapan kepada anak dengan melontarkan kata-kata yang positif. Apakah kata-kata positif?

Kata-kata positif adalah kata-kata yang apabila diucapkan menghasilkan gambaran minda yang juga positif.

Contohnya:

  • Bukan “Jangan buang masa” tetapi ucapkan “Manfaatkan masa”
  • Bukan “Jangan berputus asa” tetapi ucapkan “Berusahalah dengan lebih gigih lagi” ataupun “Mak percaya adik pasti BOLEH!”
  • Bukan “Jangan kelam kabut” tetapi ucapkan “Bawa bertenang.”

Malah banyak lagi contoh-contoh yang dapat diberikan.

4. Kerjasama Sepenuhnya

4b42cca5633cf7cf6ee3adad71ca8dadApabila anak akan menduduki peperiksaan penting, maka keseluruhan ahli keluarga yang ada dalam rumah perlu memberikan kerjasama sepenuhnya.

Antaranya menghormati waktu ulangkaji anak itu dengan setiap ahli keluarga menjadikan waktu itu sebagai waktu belajar.

Misalnya ibu bapa dapat memanfaatkan waktu itu bagi membaca bahan-bahan bacaan yang berfaedah. Adik kecil pula diberi kertas dan pensel untuk bagi menconteng. Begitulah juga dengan ahli keluarga yang lain-lain.

Pastikan tiada seorang pun ahli keluarga yang menonton TV, mendengar radio, sembang-sembang kosong, bermain-main dan sebagainya, sedangkan  ada anak yang sedang bertungkus lumus menghadapi pelajarannya.

Dengan cara ini anak akan dapat merasakan perjuangannya dihargai.

5. Kurangkan aktiviti Luar

37462b3d88d6ca8091a79a73497535beElakkan daripada terlalu banyak membuang masa dengan aktiviti diluar seperti keluar membeli-belah, makan di luar, balik kampong, menziarahi keluarga dan sebagainya. Ingatlah bahawa setiap minit amat berharga kepada anak.

Oleh itu pastikan setiap aktiviti yang dirancang menyumbang kepada persediaannya menghadapi peperiksaan sama ada persediaan mental, emosi, fizikal ataupun rohani anak-anak.

Tambahan pula, kekerapan berada diluar rumah hanya hanya mendedahkan mereka pada perkara yang tidak diingini sama ada daripada segi kesihatan ataupun keselamatan.

6. Elakkan Anak daripada Tidur Lewat

Ada anak yang suka belajar sehingga lewat malam bagi menghabiskan ulang kaji mereka. Jangan biarkan keadaan seperti ini berlarutan.

324e70b919547d8a7ad792e3767758c7

Pastikan anak masuk tidur awal dan bangun awal. Galakkan mereka membuat sedikit ulang kaji pada waktu awal pagi walaupun hanya 20 ataupun 30 minit. Pada waktu ini, fikiran mereka tenang, emosi belum terganggu dan suasana pula nyaman.

Banyak maklumat yang dibaca ketika ini mudah diingati bagi tempoh masa yang lebih lama.

7. Berikan anak Pelepasan Tugas Harian.

Berikan anak layanan istimewa setiap kali menjelangnya peperiksaan.

Bebaskan dia daripada melakukan tugas harian yang sememangnya menjadi rutin seperti mengemas bilik, menolong emak di dapur, membersih halaman rumah, mencuci pakaian dan sebagainya.

Agihkan sementara tugas-tugas ini kepada orang lain seperti kakak, abang, adik ataupun ibu bapa sendiri.

f0cf73a31e03e36b76afde7f907f0807Dengan cara ini, anak yang akan menduduki peperiksaan dapat merasakan seluruh ahli keluarga benar-benar mahu melihat dia cemerlang.

Dia akan timbul rasa bersalah sekiranya waktu yang diperuntukkan untuk belajar tidak dimanfaatkan sebaik-baiknya, sedangkan semua orang memberikan kerjasama.

Dia juga akan mengharapkan suasana peperiksaan seperti ini akan datang lagi kerana seronok mendapat pelepasan tugas.

Anak-anak yang lain pula tidak ada sebab untuk cemburu kerana apabila tiba masa mereka, mereka juga akan dilayan dengan cara yang serupa.

8. Nyatakan Ganjaran dengan Jelas

Jangan biarkan anak kita berteka teki mengenai ganjaran yang bakal dia terima sekiranya dia memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Nyatakan dengan jelas bentuk ganjaran yang mahu diberikan kepadanya.

Jika ia berbentuk kebendaan maka nyatakan dengan jelas apakah bendanya itu. Tunjukkan gambar mengenai apa yang mahu diberikan kepadanya.

a98e86beddc425caa1b1d9653c8f6e03-d4f2jib

Jika ia berbentuk suatu percutian, beritahu destinasi yang ingin dilawati nanti. Dapatkan risalah, cerita, serta gambar-gambar mengenai destinasi itu dan tunjukkan padanya. Jika ia dalam bentuk duit, nyatakan dengan jelas mengenai jumlahnya.

Namun dalam soal bab duit ini ibu bapa perlu bertindak bijak. Sebabnya, jika kita beritahu kepada anak, “Kakak, setiap A yang kakak dapat dalam PMR, nanti ayah akan berikan RM50”, maka ia mungkin memerangkap kita kembali.

Apabila anak tahu dia lemah dalam subjek bahasa Inggeris maka dia tidak meletakkan kesungguhan bagi mendapat A kerana dia berfikir, jika dia mendapat 7A pun jumlahnya adalah RM350. Masih banyak lagi.

Oleh itu kita perlu meletakkan syarat dengan jelas dengan berkata, “Kakak, jika kakak mendapat 8A dalam PMR maka setiap A itu nilainya ayah berikan RM50. Tetapi jika bukan 8A maka setiap A nilai itu ayah berikan RM30 sahaja.”

Dengan cara ini, anak-anak dapat menghitung sendiri, jika dapat 7A nilainya hanya RM210 sahaja berbanding RM400 bagi 8A. Perbezaan yang ketara ini secara tidak langsung mendorong anak berusaha mendapat 8A.

Ganjaran yang kabur atau samar-samar tidak dapat merangsang jiwa.

Misalnya elakkan daripada berkata, “Jika abang cemerlang dalam SPM, maka emak bawa abang melancong”. Sebaliknya kita perlu berkata, “Jika abang cemerlang dalam SPM, emak pasti bawa abang ke Beijing.”

Pastikan apa jua ganjaran yang mahu diberikan mampu kita tunaikan. Jika tidak, anak mungkin hilang kepercayaan kepada kita sebagai ibu bapa dan selepas itu, janji kita tidak anak dipercayai lagi.

Berikan juga ganjaran kepada usahanya, bukan sekadar hasil ataupun pencapaiannya sahaja.

Jika kita tahu anak sudah berusaha bersungguh-sungguh bagi  mencapai kejayaan namun keputusan peperiksaan tidak seperti yang dijangkakan, maka berikanlah dia sesuatu bagi menghargai penat lelahnya itu.

Ini menunjukkan yang kita memang mengambil berat dan prihatin kepadanya.

Dengan cara ini, anak akan menjadi lebih bersemangat untuk berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang.

9. Ambil Cuti

Inilah masanya bagi ibu bapa memberikan dorongan yang tidak berbelah bahagi kepada anak yang akan menduduki peperiksaan.

Ambil cuti beberapa hari dan usahakan menghantar sendiri anak ke sekolah pada hari peperiksaan itu. Sepanjang perjalanan, terus berikan kata perangsang dan nasihat kepadanya.

Ingatkan anak sekali lagi, kita tidak pentingkan apa sekalipun hasil yang dia peroleh, yang penting dia memberikan usaha yang terbaik.

Apa sahaja keputusannya, kita terima dan bersyukur.

10. Banyakkan Berdoa dan Solat Hajat.

Tidak ada suatu yang lebih bermakna bagi seseorang anak ketika menduduki peperiksaan selain daripada doa dan restu daripada ibu bapanya.

______praying_moment_______by_muslim2proud-d597ahr

Inilah masanya kita meluangkan lebih banyak masa berdoa baginya supaya dipermudahkan urusan anak menjawab setiap soalan, diberikan ketenangan dan diterangkan hati.

Berdoalah dengan suara yang jelas supaya didengar oleh anak dan biarlah dia aminkan doa kita itu. Biar anak menyedari yang kita sering membuat solat hajat dan berdoa baginya. Dengan cara ini, mereka lebih menghargainya.

Biasanya apabila menjelang peperiksaan, anak-anak tidur lewat daripada biasa kerana mengulangkaji pelajaran. Jika ibu bapa menjenguk bilik anak seketika dan maklumkan padanya yang kita mahu solat hajat sekarang, perasaannya anak pasti terharu dan ini memperkuatkan lagi azamnya untuk berjaya.

Yakinlah Tuhan akan memdengar doa ibu bapa yang ikhlas. Berdoalah walaupuan pencapaian anak kita pada ketika itu masih kurang memberangsangkan.

Sesuatu yang dirasakan mustahil bagi kita sebenarnya tidak mustahil bagi Tuhan.  InsyaaAllah, bila kita letakkan kepercayaan kepada Allah, Allah akan memudahkan segala usaha kita.

Penutup: Dorong Mereka Menghadapi Peperiksaan Dengan Tenang

Ibu bapa perlu mendorong dan memotivasikan anak untuk belajar tetapi bukan memaksa anak untuk berjaya.

Sekiranya ibu bapa memaksa anak untuk WAJIB mendapat hasil yang cemerlang, maka si anak berasa dibebani. Anak belajar bukan kerana kewajipan tetapi kerana ketakutan.

Oleh itu berikanlah anak keyakinan. Berikan nasihat dengan penuh kasih sayang. Tunjukkan keprihatinan dan sentiasalah memberi komitmen untuk membantunya. Yang paling penting, jangan lupa memohon kepada Allah agar anak dikurniakan kecemerlangan dan terang hati.

Semoga bermanfaat kepada ibu bapa semua =)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa