Sebelum ini kita telah mengadakan perbincangan awal berkaitan hubungan kerjasama yang dapat dilaksanakan antara TudungSiComel dan pihak Oodlins (Aplikasi Pengurusan Tadika & Taska).
Hari ini Mr Ng wakil dari pihak Oodlins telah membuat kunjungan ke TudungSiComel untuk perbincangan lanjut.
Antara perkara yang ditetapkan adalah persetujuan ‘jangkamasa percubaan’ untuk menjalankan aktiviti marketing bersama yang boleh dilaksanakan dan bagaimana untuk kita menilai impak keberkesanannya.
Misi utama kolaborasi ini adalah untuk memberi nilai tambah kepada tadika dan taska di seluruh Malaysia dengan menyediakan produk tudung yang kemas dan selesa untuk pelajar-pelajar terutama yang baru mula bertudung dan juga sebuah sistem pengurusan Tadika dan Taska (Oodlins) yang dapat membantu melancarkan pengurusan operasi harian.
Diharap perbincangan yang berlangsung selama hampir 3 jam ini memberi hasil yang positif kepada kedua belah pihak.
TudungSiComel sangat terbuka untuk menjalankan kolaborasi dengan mana-mana pihak yang memiliki market audience yang sama.