4 Petua Cepat Hilangkan HFMD Anak Pengalaman Sendiri

Pengalaman saya berdepan dengan situasi anak kena penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) ni tak silap ketika anak berumur sekitar 5 tahun. Masa tu anak berjangkit dari rakan satu tadika dan kena kuarantin di rumah. Memang berikhtiar sana sini cari petua cepat hilangkan HFMD anak masa tu.

Ketika itu juga saya masih bekerja dan kelam kabut juga ambil cuti emergency untuk pastikan anak sembuh sepenuhnya. Ini kerana saya perlu pastikan anak sihat sepenuhnya sebelum dapat kembali belajar ke tadika.

HFMD Boleh Sembuh Tetapi Masih Bahaya

Menurut fakta dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penyakit HFMD ni biasanya akan sembuh dengan sendirinya. Tapi kan sebagai ibu bapa ni memang tak sanggup nak tengok anak meragam sakit dan juga gatal-gatal seluruh badan.

Lagi satu kita jangan ambil mudah penyakit ini sebab terdapat juga kes jangkitan HFMD yang disebabkan oleh jangkitan dari virus Enterovirus (EV71) yang boleh sebabkan komplikasi teruk seperti radang otak dan jantung.

Lagi satu ianya sangat cepat berjangkit. Jadi kalau dah mula ada tanda-tanda macam dibawah ni kena cepat-cepat kuarantinkan anak di rumah.

Ibu bapa tak boleh pentingkan diri biarkan anak berada di taska/sekolah.

petua cepat hilangkan HFMD anak
kredit gambar : Myhealth.Gov

Antara Tanda Penyakit HFMD

  • Mereka yang dijangkiti akan menunjukkan satu atau lebih tanda seperti demam,
  • Munculnya luka (ulcer) di mulut,
  • Munculnya keadaan seperti ruam-ruam
  • Munculnya lepuh (blister) di tapak tangan dan juga kaki.

Antara 4 Petua Cepat Hilangkan HFMD Anak

Pelbagai petua cepat hilangkan HFMD yang dikongsikan ibu bapa lain yang ada masalah sama masa anak kena jangkitan penyakit HFMD lepas.

Antaranya ialah;

1- Sapukan Bedak Sejuk Pada Kulit

Dekat rumah memang kebiasaan saya simpan stok bedak sejuk. Jadi masa anak dah mula naik lepuh-lepuh saya letakkan bedak sejuk di badan anak. Antara kebaikan bedak sejuk petua orang lama ni dapat bantu kurangkan rasa merenyam dan gatal-gatal dekat kulit anak.

2- Minum Air Kelapa Muda

Antara petua yang saya amalkan ketika anak kena HFMD ialah beri minum air kelapa muda. Minum sikit demi sikit pun boleh sebab ulser dalam mulut buatkan anak rasa tak selesa nak menelan air ataupun makan.

Air kelapa muda mempunyai khasiat nutrisi seperti kalium, natrium dan magnesium membantu menggantikan nutrien anak yang hilang ketika sedang sakit.

3- Guna Daun Semambu

Daun semambu ni memang pelbagai guna mempunyai khasiat seperti antikulat dan antibakteria. Bukan setakat penyakit HFMD sahaja, tetapi boleh digunakan untuk bantu kurangkan gatal-gatal kulit akibat ekzema dan juga demam campak.

Kalau sukar nak dapatkan daun semambu dari pokok, boleh juga beli terus ekstrak daun semambu di kedai-kedai jamu. Kebiasaannya dijual dalam bentuk campuran bedak sejuk.

Jadi tak perlu lagi susah-susah nak blend dan tapis dulu.

4- Makan Aiskrim Vanila

Anak mesti tak selesa dan meragam apabila ulser mula muncul dalam mulut. Apatah lagi kalau banyak dan pedih. Tak senang duduk juga dibuatnya. Jadi antara petua yang boleh diamalkan untuk hilangkan rasa pedih tersebut ialah dengan beri mereka aiskrim vanila.

Selain itu juga berikan anak yang sedang sakit makanan dan minuman yang tidak panas. Sakitkan ada ulser dalam mulut tu.

Amalkan Sentiasa Jaga Kebersihan

Selain petua yang boleh diamalkan diatas, ibu bapa perlu sentiasa menjaga kebersihan anak semasa dirumah. Tuala, pakaian dan peralatan makan yang dipakai anak yang dijangkiti hendaklah di basuh bersih dan berasingan. Dalam masa menjaga anak sakit ibu bapa juga perlu jaga kesihatan diri. Selain itu cuba kekal tenang dalam hadapi situasi yang mungkin tegang dengan anak yang sedang sakit.

Dalam masa seminggu, alhamdulillah anak ketika sudah mula sembuh. Tiada lagi naik ruam-ruam ataupun ulser baru. Apabila dah betul-betul pulih barulah kami hantar anak semula ke tadika.

Semoga bermanfaat.

One comment

  1. Ahmad Kamil

    Boleh tidur sebilik dengan pesakit HFMD?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa