Program Internship TudungSiComel – Danisha (UiTM)

Pada 21 Julai 2025, kami menerima kehadiran saudari Danisha, pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (Kepujian), untuk menjalani latihan industri di Jabatan Pentadbiran TudungSiComel sehingga 10 Oktober 2025.

Sepanjang hampir tiga bulan bersama kami, Danisha banyak terlibat dalam tugasan pentadbiran yang penting dalam memastikan kelancaran operasi harian syarikat. Antara tugasan utama beliau adalah membantu mengurus dan menyusun fail serta melabel dokumen supaya lebih sistematik. Beliau juga diberi kepercayaan untuk mengendalikan proses bayaran, yang menjadi antara tugas paling kerap dijalankan sepanjang internship.

Selain itu, Danisha turut mengurus kerja-kerja merekod dan memasukkan data penting syarikat, menyediakan surat rasmi untuk agensi luar seperti TNB, serta membantu memantau rekod kehadiran pekerja tetap dan sambilan. Beliau juga diberi pendedahan dalam menguruskan dokumentasi berkaitan petty cash dan tuntutan bayaran, di samping menyokong urusan pesanan serta pemantauan stok keperluan pejabat.

Walaupun tugasan beliau merangkumi pelbagai aspek pentadbiran, Danisha sentiasa melaksanakannya dengan teliti, berdisiplin dan penuh tanggungjawab. Beliau cepat menyesuaikan diri dengan suasana kerja sebenar, serta menunjukkan kesungguhan yang tinggi untuk belajar sepanjang berada di sini.

Kami di TudungSiComel amat menghargai segala usaha dan dedikasi yang ditunjukkan oleh Danisha. Semoga pengalaman ini menjadi bekalan penting dalam perjalanan kerjaya beliau pada masa hadapan.

🎥 Video di atas merupakan perkongsian Danisha sendiri tentang pengalaman beliau sepanjang menjalani latihan industri di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.