Program Internship TudungSiComel – Kaka (UiTM)

Pada 19 Februari 2024, kami menerima kehadiran saudari Kaka, pelajar dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Sarjana Muda Sains Maklumat (Kepujian) Pengurusan Sistem Maklumat, sebagai pelatih industri di TudungSiComel (SBZ Prima Sdn. Bhd.).

Walaupun datang daripada latar belakang sistem maklumat, Kaka menunjukkan minat dan kebolehan yang luas, terutamanya dalam bidang pemasaran digital dan tugasan teknikal. Sepanjang tempoh internship sehingga 16 Julai 2024, beliau terlibat aktif dalam penulisan artikel blog berasaskan SEO, membuat analisis kandungan TikTok, serta menghasilkan video kreatif untuk media sosial.

intern tudungsicomel

Menariknya, Kaka juga pernah menguruskan pelbagai program semasa zaman belajar. Jadi di sini, beliau diberi kepercayaan untuk menjadi ketua program bagi majlis berbuka puasa, sambutan hari raya, dan mesyuarat tahunan syarikat. Setiap acara berjaya dikendalikan dengan baik, mencerminkan pengalaman dan kemahiran organisasi beliau.

Memandangkan beliau juga pelajar dalam bidang sistem maklumat, Kaka turut membantu dalam troubleshooting laman web syarikat, termasuk isu teknikal seperti lagging atau paparan sistem — menjadikan beliau seorang intern yang benar-benar serba boleh dan boleh diharapkan dalam pelbagai aspek.

kaka intern

Atas komitmen dan prestasi cemerlang, Kaka telah dinobatkan sebagai Staff of the Month bagi bulan April 2024. Walaupun berstatus intern, cara beliau bekerja benar-benar mencerminkan sikap dan mutu seorang staf sebenar.

Kami di TudungSiComel amat menghargai kesungguhan dan tenaga yang disumbangkan oleh Kaka sepanjang berada bersama kami. Beliau seorang yang berdedikasi, cepat belajar dan sangat berbakat, terutama dalam kerja kreatif dan pengurusan masa. Semoga pengalaman ini menjadi nilai tambah untuk masa depan beliau.

🎥 Video Youtube di atas merupakan perkongsian Kaka sendiri tentang pengalaman beliau sepanjang menjalani latihan industri di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.