Pada 30 Mei 2024 (Khamis), team TudungSiComel telah menyertai program Selangor 1000 Digital Siri Pertama yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam.
Program ini merupakan inisiatif di bawah YB Najwan Halimi, EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor bersama Menteri Besar Incorporated (MBI) Selangor dan Sidec dengan sokongan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bertujuan untuk mempertingkatkan keberdayaan usahawan di Selangor khususnya dalam ekosistem digitalisasi.
Affin Bank sebagai penaja utama bersama barisan rakan-rakan strategik e-Dagang (TikTok Shop), rakan strategik Laman Web (Shopline), rakan strategik Logistik (Pos Malaysia) dan rakan kerjasama seperti TNG e-Wallet, BizApp, Xamble Creators, Maxis Business, Hijrah Selangor, Wanita Berdaya Selangor turut bersama menjayakan program ini.
Kami di TudungSiComel sangat berbesar hati kerana pihak SIDEC mengadakan program seperti ini. Ia dapat membuka minda para usahawan dan memperluaskan lagi perniagaan usahawan dalam bentuk digital.
Hal ini kerana, kita telah berada di dunia teknologi yang kebanyakannya pembeli lebih banyak membeli secara atas talian.
Semoga pihak SIDEC dapat anjurkan lebih banyak aktiviti bersama para Usahawan.