Program SME Digitalization bersama Ofisgate Sdn Bhd

Pada 21 Mei 2024, pihak Ofisgate Sdn Bhd telah menganjurkan program SME Digitalization dengan kerjasama pihak Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC).

Tujuan program ini adalah untuk berkongsi dengan para usahawan dalam menyelesaikan masalah pendigitalan dari segi IT Support dan security. Ofisgate Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang fokus kepada bidang Telecomunication dan IT.

1. Masalah Yang Sering Dihadapi

Encik Fahmi Bin Nangim, Project Manager Ofisgate Sdn Bhd telah menerangkan tentang masalah pendigitalan berkaitan IT Support dan juga permasalahan yang sering dialami oleh syarikat.

Sesi ice breaking bersama Encik Fahmi

Program ini dimulakan dengan sesi ‘Ice Breaking‘ bersama Encik Fahmi secara santai sahaja.

Encik Syah sedang menerangkan tentang masalah rangkaian yang dihadapi oleh syarikat
En syah menerima cenderahati dari pihak Ofisgate, yeay!

2. Kesedaran Keselamatan Siber

Seterusnya adalah agenda berkaitan Kesedaran Keselamatan Siber. Encik Fahmi telah terangkan beberapa langkah keselamatan yang penting untuk setiap syarikat.

Antaranya adalah:

  • Account Breach
  • Strong Password
  • Social Media Active Session / Link Device

a. Account Breach

Account Breach ialah kebocoran maklumat akaun. Ia merujuk kepada keadaan di mana akaun seseorang telah diceroboh atau diakses tanpa kebenaran oleh pihak yang tidak sah. Ini boleh berlaku dalam pelbagai platform seperti media sosial, e-mel atau akaun perbankan secara dalam talian.

Disini ada beberapa langkah untuk kita tahu sama ada data kita telah diceroboh ataupun tidak.

1. Layari laman web https://haveibeenpwned.com/

2. Masukkan nombor telefon anda ataupun alamat e-mel untuk mengetahui sama ada data kita dah pernah terdedah.

Gambar di atas ni adalah contoh paparan yang keluar. (Good news – no pwnage found ! ) Maksudnya nombor telefon anda masih selamat.

3. Anda juga boleh cuba masukkan alamat emel untuk kenalpasti telah terdedah atau tidak.

Ini bermakna emel anda sudah terdedah. Anda boleh scroll ke bawah untuk lihat bagaimana email anda boleh terdedah.

Jadi apa langkah keselamatan untuk emel kita yang sudah terdedah ini? Mari kita lihat langkah seterusnya.

b. Strong Password

Setelah anda tahu data anda telah diceroboh, anda perlu tukar semua password di setiap platform.

Bagaimana cara nak hasilkan password yang selamat?

1. Layari laman web https://www.passwordmonster.com/

2. Masukkan password anda

Gambar di atas ini adalah contoh password yang senang untuk scammer godam. Password ini akan dapat digodam dalam masa 0.02 saat sahaja.

Jika anda nak password anda selamat, anda perlu hasilkan kata laluan seperti ini (huruf besar, huruf kecil, simbol dan nombor) . Kata Laluan ini lebih lama untuk digodam iaitu selama 6 ribu tahun.

c. Social Media Active Session / Link Device

i) Download Applikasi di platform yang sah

Encik Fahmi berpesan untuk sentiasa memuatnaik applikasi daripada medium ataupun platform yang disahkan sahaja.

Elakan klik pada link yang berakhir dengan perkataan APK jika anda tidak pasti sumbernya.

Jika pengguna Android, muatnaik terus melalui Google Play Store. Pengguna IOS , muatnaik di App Store.

ii) Sentiasa semak device anda seperti Whatsapp/Telegram dan sebagainya.

Kita seringkali terima mesej daripada rakan-rakan kita yang beri bantuan BRIM RM1000 dan sebagainya. Kita kuatir pihak hacker menanam script yang boleh menceroboh privasi telefon kita.

Anda perlu sentiasa semak akaun Whatsapp, Telegram atau apa-apa akaun yang ada device binding termasuk juga dengan online banking

Contoh di Telegram, anda boleh semak melalui menu di bawah:

Setting > Privacy > Active Session

Anda boleh lihat berapa banyak device yang dah bersambung dengan aplikasi Telegram anda

Untuk Link Device di Whatsapp

Setting > Linked Devices

TudungSiComel ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Fahmi dan juga team Ofisgate Sdn Bhd kerana telah menjayakan program ini. Kami menerima banyak input yang diberikan oleh pihak Ofisgate Sdn Bhd.

Tidak lupa juga kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak SIDEC kerana telah memberi peluang kepada para usahawan untuk menyertai program seperti ini.

Semoga kita dapat berjumpa lagi, insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa