Program Tazkirah Ramadan Bersama Yayasan Mihrab di HQ TudungSiComel

Tazkirah ramadhan di TudungSiComel

Pada 28 Februari 2025, TudungSiComel dengan kerjasama Yayasan Mihrab telah menganjurkan program tazkirah Ramadan yang bertempat di HQ TudungSiComel. Program ini menampilkan Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre, duta Yayasan Mihrab, yang menyampaikan tazkirah bertajuk “Amalan Sunnah pada Bulan Ramadan”.

Ustaz Syed Abdul Kadir Al Joofre

Perkongsian penuh bermakna ini turut disiarkan secara langsung di Facebook TudungSiComel bagi memastikan lebih ramai dapat mengambil manfaat daripadanya. Antara amalan sunnah yang dikongsikan termasuklah doa-doa yang boleh diamalkan sepanjang Ramadan, seperti doa yang diajarkan oleh ulama terbilang dari Mesir, Syeikh Mutawalli Sya’rawi:
“Ya Allah, haramkan pada aku daripada merasai kelazatan membuat maksiat kepadaMu, dan rezekikan kepada aku kelazatan membuat ketaatan kepadaMu.”

Ceramah sunnah Ramadhan

Beliau turut menekankan kepentingan memohon pertolongan Allah dalam melaksanakan ibadah seperti solat, puasa, serta memohon Taufiq dan Hidayah. Selain itu, Ustaz Syed Abdul Kadir juga berkongsi amalan-amalan lain seperti memperbanyakkan pahala dengan bersedekah, termasuk belanja orang makan di bulan Ramadan, serta panduan tentang zakat, fidyah, dan banyak lagi.

Menariknya, beliau turut mengingatkan bahawa solat sunat boleh dilakukan di dalam kereta sekiranya kita dalam keadaan musafir, seperti ketika perjalanan pulang beraya dan terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

TudungSiComel amat berterima kasih kepada Yayasan Mihrab dan Ustaz Syed Abdul Kadir atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat ini. Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai umat Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.