Projek Iqra` – Shopping Raya

Assalamualaikum rakan-rakan, salam ceria =)

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Semoga Ramadhan kali ini mampu membawa perubahan dalam hidup kita. Bukanlah maksud saya anda tidak baik, tetapi apa yang saya maksudkan adalah perubahan dari BAIK kepada LEBIH BAIK =)

Sebelum saya terus berceloteh, mari kita ambil masa beberapa minit sahaja untuk hayati video ini (pastikan ada tisu di sebelah anda bagi mudah menyapu air mata).

Apa itu Shopping Raya?

Shopping Raya

Shopping Raya merupakan salah satu projek murni oleh kumpulan Projek Iqra’ (sukarelawan) yang berhasrat dan berusaha membantu mereka-mereka yang kurang berkemampuan terutamanya anak anak yatim, fakir miskin dan asnaf dibawah jagaan rumah kebajikan yang menyertai kumpulan ini. 

Rasa terharu dengan perjuangan dan usaha murni mereka. Kita yang mungkin kekurangan masa untuk menghulurkan tangan, boleh juga melihatnya dari jauh dengan hanya menyumbangkan bantuan dari segi kewangan kepada mereka.

Sumbangan anda sangat bermakna buat mereka yang memerlukan. Ingatlah, wang yang kita dermakan itu adalah harta kita yang akan menjadi saham kita di akhirat kelak. Wallahu a`lam.

Surah Ali Imran, ayat :92.

Kamu sekali-kali tidak sampai kepada kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. dan apa saja yang kamu nafkahkan Maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.

 

Siapakah Yang Terlibat Dalam SHOPPING RAYA 2014?

Bermula dengan sebuah rumah pada tahun 2010 dan 2011, 2 buah rumah anak yatim pada tahun 2012 dan 6 rumah anak yatim pada 2013, PROJEK IQRA’ merancang memperluaskan kepada 7 rumah anak yatim bagi 7 buah negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Kedah, Johor, Pahang dan Pulau Pinang untk 2014.

Senarai Pertubuhan Anak-Anak Yatim yang menyertai Shopping Raya 2014:

a)    Pertubuhan Asuhan dan Didikan Anak Yatim Daerah Sik (ADIK/ Rumah GEMILANG)

b)    Pertubuhan Baitul Ehsan Al-Khairi, Kuala Lumpur

c)    Pertubuhan Kebajikan Dan Bimbingan At Taqwa

d)    Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Semarak

e)    Sebuah rumah anak yatim di Penang (akan dimaklumkan)

f)     Sebuah rumah anak yatim di Johor (akan dimaklumkan)

g)     Sebuah rumah anak yatim di Pahang (akan dimaklumkan)

Bagaimanakah Anda Boleh Membantu?

Sekiranya anda ingin menjadi sebahagian dari mereka (sukarelawan) ataupun membantu dari segi dana shopping raya, anda boleh rujuk maklumat lanjut pada website mereka iaitu Projek Iqra`

 

Projek Iqra`

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa