Bagi saya, ajar dan biasakan anak dan kerja rumah membantu mereka menjadi ‘manusia’, dan insyaAllah dengan izin Allah.. supaya tidaklah suatu hari nanti, anak yang menjadi TUAN kepada ibu bapa. Supaya tidaklah satu hari nanti, anak-anak kita jadi manusia sombong yang memandang rendah terhadap orang lain dan rasa mereka tidak layak melakukan kerja-kerja yang bagi mereka, “low class” sangat.
SALAHKAH MENGAJAR ANAK MEMBUAT KERJA RUMAH SEJAK KECIL?
Tidaklah mendera jika anak sejak kecil kita ajarkan untuk tahu jika tumpahkan air, cari kain/tuala lap meja, lap. Supaya tidaklah nanti bila ke mana-mana, tak ada rasa tanggungjawab hinggakan semua mahu cleaner yang buatkan. Semua mahu bibik yang settlekan.
Tidaklah keji jika sejak kecil, kita ajarkan anak, sebelum mandi, lepas tanggalkan baju, masukkan ke dalam bakul. Supaya tidaklah nanti mereka pakai campak saja baju ke lantai dan biarkan kita yang mengutipnya (atau pembantu rumah kutipkan? itu lagi keji) seperti orang tiada tamadun.
Tidaklah teruk jika sejak kecil, ajarkan, sudah makan/minum, bawa ke sinki. BASUH. Supaya tidaklah nanti bila sudah besar, siap makan, hulurkan pinggan pada orang lain untuk dibasuh. Seronok jadikan orang lain hamba kita?
Tidaklah tunjuk bagus pun jika sejak kecil, ajar mereka tentang cara menjaga kebersihan tandas, basuh sendiri, sental sendiri. Supaya tidaklah nanti, pandang orang kerja angkut sampah, cuci tandas, seperti pandang orang paling keji dan kotor.
Ramai ya ibu bapa sekarang rasa benda ini benda simple. Benda yang TAK PERLU AJAR DAN BIASAKAN PADA ANAK.
“Tak payah ajarlah, nanti reti lah mereka.”
Sedarlah bahawa anda sendiri yang menghilangkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Bila sudah tiada nilai itu, mahu suruh kutip baju masuk bakul? Tarik muka adalah.
Meja penuh dengan cawan, pinggan yang sendiri makan, tapi orang lain yang kena kutip dan basuh.
Lantai penuh dengan baju seluar hatta seluar dalam untuk mak dan bibik kutipkan.
Reti bahasakah ini?
Jadikan ibu bapa hamba?
Jadikan isteri / suami hamba?
Anggapkan cleaner, tukang buang sampah itu hina pekerjaannya sedangkan jika tiada mereka, hidup dalam sampahlah kita.
Jika tiada mereka, entah-entah hampir kesemua tandas awam dan di shopping mall penuh kotoran kerana yang menggunakannya pun bukan reti basuh toilet pun? Flush toilet pun tak pernah nak peduli.
.
.
Cemerlang akademik saja yang kita mahu?
Pathetic benar mindset kita kalau akademik kita kejar, tapi benda-benda simple begini tiada dalam diri kita.
Akademik cemerlang, tapi tiada common sense.
Akademik pandai, tapi pengotor.
Akademik paling top, tapi tuala wanita tak berbasuh dibiar merata dengan alasan, cleaner ada nak kutipkan.
Akademik bagus bukan main, tapi seluar dalam cleaner service apartment yang basuhkan.
.
.
SALAH ANAK?
Bila mereka besar, kita katakan “haih, tak tahulah apa nak jadi dia ni. Semua benda tak reti buat. Kerja rumah pun harapkan orang lain.”
Tuduh anak pula?
Sedarlah anak-anak itu hidup dan masuk ke lorong-lorong yang kita sebagai ibu bapa sediakan untuk mereka sejak kecil.
Lorong salah yang kita tunjukkan, mahu expect mereka pandai-pandai sendiri bila sudah besar?
Siapa yang sebatikan sikap pemalas dan menghambakan orang lain itu menjadi darah daging mereka?
Kawan/guru/masyarakat yang jaga mereka sejak kecil?
Kesiankan anak berpada-pada. Manjakan anak berpada-pada.
SEMUA ORANG BUAT SILAP. MARI KITA UBAH SEMENTARA BOLEH UBAH.
.
.
P/S: **KERJA RUMAH BUKAN SAHAJA WAJIB DIAJAR KEPADA ANAK PEREMPUAN SAHAJA, LELAKI LEBIH LAGI. INGATKAN ANAK-ANAK LELAKI, TANGGUNGJAWAB ISTERI HANYALAH MENJAGA ANAK DAN MELAYAN SUAMI. BUKANNYA MENGGALAS SEMUA TUGAS MEMBUAT KERJA RUMAH. (JIKA MEREKA INGIN LAKUKAN UNTUK MEMBANTU SUAMI, ITU BONUS.) FAHAMI MAKSUD TANGGUNGJAWAB SUAMI/ISTERI YANG SEBENAR DALAM ISLAM
Perkongsian dari : Ainini Zainal
Menurut saya sih tidak salah, malahan perlu diajarkan