Pada 16 April 2025 yang lalu, dua wakil dari TudungSiComel, iaitu Cik Aqilah Arshad dan Cik Balqis, telah menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri CIC Group of Companies yang berlangsung di Abedeen Club House, Cyberjaya. Kami amat berterima kasih kepada pihak CIC atas jemputan yang sangat bermakna ini untuk pasukan kami.
Majlis ini begitu meriah dengan kehadiran ramai tetamu dan pelbagai hidangan raya yang disediakan. Suasana di majlis amat mesra dan santai, penuh dengan gelak tawa serta perbualan mesra antara hadirin. Menurut Cik Aqilah dan Cik Balqis, mereka sangat teruja dapat menikmati seleksi makanan seperti sate, rendang, lemang, lontong serta pelbagai kuih-muih yang disajikan sepanjang majlis.
Selain menikmati juadah yang enak, mereka turut mengambil peluang untuk berbincang secara santai dengan team marketing CIC. Sesi perbincangan ini membuka ruang untuk kedua-dua pihak berkongsi pandangan serta potensi kerjasama pada masa akan datang.
Majlis kali ini juga bertambah istimewa apabila Cik Aqilah dan Cik Balqis sempat bertemu dan bergambar bersama influencer Durian Kimchi serta anaknya yang viral, Reena. Detik tersebut pastinya meninggalkan kenangan manis buat wakil kami.
Bagi pihak TudungSiComel, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada CIC Group of Companies atas jemputan serta layanan mesra yang diberikan kepada para tetamu. Kami amat menghargai peluang ini dan semoga hubungan baik antara kedua-dua pihak akan terus berkekalan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri dari kami semua di TudungSiComel. Maaf zahir dan batin.