3 Sebab Anak Suka Conteng Dinding. Wow! Anak Genius Rupanya.

Kenapalah anak suka conteng dinding? Dah penat belikan buku mewarna dan krayo n, dinding juga yang dicontengnya. Bukan semua ibu bapa boleh menahan sabar lihat dinding ‘bercorak’ dengan karya anak.

Silap hari bulan boleh stress dibuatnya. Ibu-ibu sila tahan sabar dahulu.

Jangan cepat naik angin pada anak yang suka buat lukisan pada dinding. Sebenarnya anak-anak sebegini ada sisi baiknya mereka yang anda perlu tahu.

3 Sebab Kenapa Anak Suka Conteng Dinding Rumah

Kalau ibu bapa perasan, dalam kelas pra sekolah pasti ada kelas seni atau lukisa.

Kenapa? kelas lukisan ini diwujudkan untuk bantu anak membina kemahiran motor halus mereka.

Selain itu ianya juga bertujuan untuk meningkatkan tahap fokus anak-anak dalam setiap perkara yang mereka lakukan.

Anak-anak yang membesar dengan berkemahiran sama ada motor halus dan kasar dalam bantu mereka berdikari dalam alam persekolahan kelak.

Tetapi masih lagi kenapa anak suka conteng dinding rumah, kan?

Antara sebab-sebabnya ialah;

1- Ruang Yang Luas

Dengan ruang yang luas mereka rasa lebih seronok melukis dengan saiz besar. Ruang dinding yang besar memberikan mereka kebebasan untuk melukis tanpa perlu memikirkan saiz kertas yang lebih kecil.

Jadi perkara ini selari dengan daya perkembangan anak-anak yang sedang membesar. Rasa bebas yang tiada batasan kepada setiap lukisan yang mereka ingin hasilkan.

Selain itu mereka boleh melukis sambil berdiri, mencangkung ataupun dalam keadaan duduk. Melukis dan menulis dengan pelbagai gaya.

Tidak seperti di sekolah atau tadika, mereka perlu duduk di meja dan kerusi masing-masing.

kenapa anak suka conteng dinding
photo kredit : pexel

2- Ekspresi Kreativiti

Menurut Lee Teck Hiang pengasas The Art Bones Studio, beliau berpendapat lukisan dinding adalah satu medium yang benar-benar membolehkan kanak-kanak melukis dengan bebas.

Ianya bukan dibuat atas suatu standard ataupun peraturan yang ditetapkan terutamanya ibu bapa. Imaginasi anak-anak ini sebenarnya sangat luas. Dan mereka sangat perlukan ruang untuk meluahkannya.

Selain itu mereka juga cenderung bertindak dengan spontan, jadi dinding rumah menjadi tempat mereka menghasilkan hasil seni mereka dengan cepat.

3- Inginkan Perhatian Dari Ibu dan Bapa

Menurut Dr. Shweta Sharma, anak suka conteng dinding mungkin sebab inginkan perhatian dari ibu bapanya. Selain itu dari lukisan anak tersebut, ibu bapa boleh melihat dan memerhati tahap kesihatan mental anak.

Adakah lukisan mereka nampak sangat ceria dan gembira? Ataupun lukisan nampak lebih suram dan sedih?

Dari ini ibu bapa boleh mula berkomunikasi dua hala dengan anak-anak. Mula dan ajak mereka bercerita tentang maksud lukisan yang dilukis. Kenapa mereka pilih untuk lukis atau tulis tema berkenaan.

Dari situ ibu bapa boleh ambil langkah untuk cari punca dan bantu atasi masalah emosi anak. Adakah mereka berasa gembira ataupun sedang bersedih?

Mereka mungkin sedang luahkan emosi yang sedang dialami daripada lukisan dan contengan di dinding.

Apa Kebaikan Anak Suka Conteng Dinding?

Tidak dinafikan dinding berconteng memang boleh ‘sakit mata’. Lagi-lagi kalau ibu bapa jenis yang tidak suka rumah berserabut. Terdapat juga segelintir ibu bapa yang terus berikan gajet untuk elak anak dari conteng dinding rumah.

Walaupun mungkin beri gajet tidak salah seratus peratus namun banyak cabarannya jika dedahkan anak dengan gajet di awal usia. Lagi-lagi dengan cabaran nak besarkan anak zaman serba digital sekarang.

Jadi seharusnya ibu bapa tidak perlu risau kerana sebenarnya banyak manfaat anak suka conteng dinding ni.

Antara Manfaat Anak Suka Conteng Dinding

  1. Dapat latih koordinasi mata dan tangan yang baik ketika melukis
  2. Menguatkan kumpulan otot yang lebih besar iaitu bahu, belakang badan serta bahagian perut
  3. Meningkatkan daya kreativiti anak.
  4. Tingkatkan daya fokus anak dan latih kemahiran motor halus anak.

Anak Yang Aktif Dan Bijak

Anak suka melukis atau conteng dinding ini selalunya seorang yang aktif. Anak anda seorang yang genius! Dengan ruang yang lebih luas mereka cenderung untuk gunakan seluruh badan dari kaki, tangan dan juga mata untuk menulis dan menconteng.

Ini membuat koordinasi tubuh anak semakin baik. Tubuh anak akan lebih fleksibel dalam bergerak dan penting untuk latihan motor halus dan motor kasar tubuh anak.

Selain itu menconteng dinding juga adalah aktiviti yang dibuat dalam keadaan menegak (vertical wall). Oleh yang demikian, aktiviti ini merangsang dan menguatkan tulang belakang anak untuk menopang kepala, leher dan juga badan mereka.

Hasilnya? Tubuh mereka membesar dengan sihat dan juga cerdas.

Alternatif Selamatkan Dinding Dari Kena Conteng Anak

Lega kan apabila banyak rupanya manfaat anak suka conteng dinding ni. Tetapi dalam masa sama ibu bapa juga nak selamatkan dinding dari terus diconteng anak.

Semakin kita larang, makin besar pula ruang dinding yang kena conteng.

Apa yang anda boleh lakukan?

1- Sediakan Papan Whiteboard Saiz Besar

Ini antara salah satu cara saya untuk elakkan anak conteng dinding. Mula-mula ada anak masih tinggal di rumah sewa. Takut juga kalau-kalau tuan rumah marah nanti dinding rumahnya comot.

Jadi cara ni pada saya agak berkesan untuk elak anak conteng dinding. Cuma kena beli saiz yang agak besar. Anak-anak ni kalau boleh mereka nak melukis dengan macam-macam gaya.

Kejap nak berdiri kejap nak duduk. Jadi whiteboard saiz besar memanjang ke atas memang sangat sesuai untuk anak.

2- Guna Cat Yang Mudah Dibersihkan

Dalam situasi ini anda mungkin tidak kisah anak melukis atau conteng dinding. Cuma anda sendiri bukan ibu atau bapa yang sukakan lukisan anak kekal di dinding. Lagi-lagi terasa malu pula jika ada tetamu yang nak datang bertandang ke rumah.

Maka jika ada modal lebih, semasa nak tukar cat rumah gunakan cat yang mudah dibersihkan. Dengan pelbagai teknologi cat sekarang, pilih jenis yang tahan lasak dan cat tersebut tidak tanggal ketika di gosok dan dibersihkan berulang kali.

3- Lekatkan Papan Putih/Kertas Saiz Besar Pada Dinding

Cara yang lebih mudah dan murah ialah sediakan satu kertas besar atau kertas mahjong. Lekatkan kertas tersebut di dinding atau bahagian yang anak anda suka melukis. Galakkan mereka untuk melukis di bahagian yang telah disediakan.

Selain itu anda juga boleh sediakan papan hitam dengan kapur pelbagai warna. Selain boleh digunakan pakai berulang kali, ianya juga mudah untuk dibersihkan. Tetapi kalau nak guna kapur berwarna, pastikan anak tidak alergi pada habuk.

Kalau tidak lain masalah pula yang timbul nanti seperti asma, gatal-gatal dan juga batuk.

Galakkan Anak Berkreativiti

Kreativiti dan ekspresi diri adalah salah satu dari perkembangan anak yang positif. Berkarya dan menghasilkan hasil seni merupakan antara cara supaya minda anak lebih terbuka. Selain itu mereka juga semakin fokus dan bijak.

Rujukan : ChannelNewsAsia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa