Dropship TudungSiComel

Adakah saya boleh menjana pendapatan sebagai Agen Dropship TudungSiComel?

Ada antara Drosphip TudungSiComel telah berjaya membuat jualan peribadi mencecah 6 angka. Jika mereka boleh, kenapa anda tidak?

Tudung Sekolah adalah antara tudung keperluan dan antara produk yang mudah dijual. Cuba bayangkan berapa banyak pelajar di Malaysia… dari tadika hinggalah ke sekolah menengah. Market tudung sekolah sangat besar dan lumayan.

TudungSiComel berhasrat untuk menghasilkan satu platform yang baik agar rakyat Malaysia dapat menjana pendapatan tambahan secara konsisten dan serius… hanya dari rumah hehe…

Kita juga ingin membantu suri rumah terutamanya untuk menjana pendapatan hanya dari rumah sambil melayan anak-anak. Namun untuk mendapatkan pendapatan yang baik, haruslah dengan ilmu pemasaran yang betul.

Mother and daughter (4-5) in home office — Image by © mother image/redshorts/Corbis

Pasaran Luas

Pasaran tudung kanak-kanak terutama tudung sekolah adalah besar dan sekiranya anda sanggup mendalami ilmu pemasaran yang betul, in shaa Allah anda juga mampu menjana pendapatan yang lumayan, in shaa Allah.

Kesalahan Biasa Agen Dropship

Ramai antara kita pernah mencuba nasib sebagai Agen Dropship sebelum ini dan mungkin ramai juga yang tidak dapat hasil yang baik.

Ingin tahu kenapa? KLIK SINI

Apa itu Drosphip

Dropship adalah satu model perniagaan di mana anda hanya perlu promosikan produk yang disediakan oleh pihak pembekal dan apabila ianya terjual, anda akan dapat keuntungan dari perbezaan harga yang diberikan kepada agen dropship.

Anda tidak perlu keluarkan modal untuk menghasilkan produk, tidak perlu bersesak di pejabat pos, tidak perlu berpisah dengan anak di rumah, tidak perlu sewa ruang premis dan sebagainya.

Anda hanya perlu menjawap pertanyaan pelanggan, membuat tempahan menerusi Katalog TudungSiComel dan kita akan Pos kan terus kepada Pelanggan anda. Mudah kan? ^_^

Bayangkan, sambil anda bercuti pun perniagaan anda masih boleh berjalan seperti biasa, yang penting ada talian internet.

Bagaimana caranya saya peroleh keuntungan?

Sebagai contoh, sehelai tudung Instant Shawl Sara Dua Muka di bawah(gambar) berharga RM28.50. Sementara harga agen dropship cuma RM19.50, jadi anda hanya perlu download gambar produk yang ingin dijual dan promosikannya pada harga Pasaran iaitu RM28.50.

Sekiranya pelanggan berminat untuk membeli, anda cuma perlu dapatkan butiran mereka seperti alamat penghantaran, jumlah helai, saiz produk yang sesuai dengan Si Comel mereka dan kemudian anda minta mereka buat bayaran kepada anda.

Setelah mereka membuat bayaran, anda perlu masuk ke web Katalog TudungSiComel dan LOGIN ke akaun Dropship anda untuk membuat pembelian.

Isikan butiran yang diperlukan dan pastikan alamat penghantaran adalah ke alamat pelanggan ada.

Kemudian anda hanya perlu buat bayaran kepada kami dengan harga RM19.50 sahaja dan anda akan menerima untung sebanyak RM28.50 – RM19.50 = RM9 sehelai.

POTENSI KEUNTUNGAN?

Bayangkan seorang pelanggan anda ada 3 orang anak perempuan dan membeli 1 helai setiap orang. Ini bermakna keuntungan untuk setiap pelanggan anda mampu mencecah RM9 x 3 orang anak = untung bersih RM27 seorang.

Itu baru seorang, jika sehari anda berjaya mendapat 6 pelanggan sahaja dengan keuntungan RM27 seorang, berapakah pendapatan anda untuk sebulan?

RM27 x 6 orang x 30 hari = RM4860 sebulan.

Cuba banyangkan pula jika anda rajin menuntut ilmu Pemasaran Online, pastinya bukan hanya 6 orang sehari… 20 orang sehari pun ianya tak mustahil, in shaa Allah.

Yang penting adalah…. rajin menuntut ilmu pemasaran online.

Tuntut Ilmu Pemasaran Online

Ini adalah penerangan asas dan kita akan sentiasa kongsikan ilmu dari masa ke semasa berkaitan teknik pemasaran terkini agar anda dapat manfaatkan sistem dropship yang kita wujudkan ini secara maksimum. In shaa Allah.

Sekiranya anda seorang ibu yang menjadi surirumah sepenuh masa, konsep dropship ini sangat baik. Namun apa yang penting adalah anda perlu mempelajari ilmu pemasaran yang betul dan sentiasa menambah ilmu dari masa ke semasa.

Apa yang membezakan antara agen dropship yang berjaya adalah mereka sentiasa menambah ilmu dan rajin berusaha.

Cuba bayangkan anda bekerja dari rumah sambil melihat anak membesar di hadapan mata anda…ya cuba bayangkan sekarang…

Dropship - Bekerja dari rumah

DAFTAR SEBAGAI RAKAN NIAGA SEKARANG

44 comments

    1. Salam puan Siti, terima kasih puan =D

      Puan boleh daftar di sini juga:

      https://tudungsicomel.com/borong-dropship/

    2. Iffah Najeeha

      Bagaimana mahu tahu harga untuk dropshipper?

      1. Salam puan, salam ceria 🙂

        Puan dah layari link ni? 🙂
        https://tudungsicomel.com/dropship-1

        Ada diterangkan cara untuk mengaktifkan akaun puan dan melihat harga dropshipper 😀

        Sekiranya ada sebarang masalah mohon maklum ya, in shaa Allah kita akan cuba bantu sebaik mungkin puan 😀

        Terima kasih puan 🙂

  1. NUR FAEZAH BINTI MOHD GHAZALI

    Berapa modal yang diperlukan untuk daftar sebagai Dropship?

    1. Salam puan Nur, tiada sebarang bayaran puan =D

      Puan boleh daftar di sini juga:

      https://tudungsicomel.com/borong-dropship/

      1. salam admin.sy nk tanye berkenaan pendaftaran dropship.sy dah daftar di link n dah dapat pengesahan email.tapi bila log in akaun harga diskaun sbg dropship tak ade.bila disemak akaun sy masih sbg pelanggan.boleh bantu sy?

        1. Salam puan, selepas itu sebenarnya kita ada hantar email bagaimana puan boleh lihat harga Istimewa Dropshipper. Puan boleh klik pada link di bawah, pada para 2 ada dinyatakan caranya dan puan boleh join group support kita pada page tiga pada link di bawah juga:

          TudungSiComel.com/dropship-1

          Terima kasih atas soalan puan =D

  2. Maaf..bagaimana saya boleh unsubcribe dr menerima iklan anda.terima kasih membantu.

    1. Salam puan, boleh saya tahu iklan bagaimana ya puan? In shaa Allah kita akan bantu puan sebaik mungkin. Maaf ya puan sekiranya iklan-iklan kita menganggu puan =(

      1. Its ok.😊
        Sy pun musykil.Notification dalam bentuk website melalui chrome. Sehari dalam 3-5kali up notification. Mungkin saya ada accept permission dr pihak puan sewaktu saya browse tudung si comel sebelum ni.

        Takpe.Sy cuba cari penyelesaiannya ya.Thanks 🙂 respon.

        1. *(Iklan dropship) notification.

          1. Mungkin system kita ada sedikit masalah. Kita sedang berusaha memperbaikinya puan. Maaf ya puan atas kesulitan tersebut =(

            Terima kasih juga atas makluman puan.

  3. Siti Zaleha

    Assalamualaikum admin. Maaf nak tanya. Sy dah daftar. Dan bila ada pelanggan yg tanya warna tudung apa yg ada, mn ye sy nak cr maklumat tu. Sy kurang fhm dgn kaedah jualan tudung ni.

    1. Salam puan Siti, untuk melihat koleksi semasa kita yang puan boleh promosikan, puan boleh rujuk Katalog kita di:

      https://tudungsicomel.com/katalog/

      Dan untuk bantuan, puan dijemput untuk sertai group support kita di:

      Telegram:
      https://t.me/joinchat/BYcfHUOPmdnORFXmVJ5rYA

      ATAU

      Whatsapp:
      https://chat.whatsapp.com/EeFhbnK2yJcFTKXnEwi42Y

      Terima kasih dan semoga ianya membantu puan =D

  4. Harga termasuk postage?
    Atau listkan kos penghantaran

    1. Salam puan Akhma, harga belum termasuk postage puan. Puan boleh rujuk pos ini untuk maklumat lanjut:

      https://tudungsicomel.com/dropship-faq/

      Dan untuk bantuan, puan dijemput untuk sertai ‘group support’ kita di:

      Telegram:
      https://t.me/joinchat/BYcfHUOPmdnORFXmVJ5rYA

      ATAU

      Whatsapp:
      https://chat.whatsapp.com/EeFhbnK2yJcFTKXnEwi42Y

      Terima kasih dan semoga ianya membantu puan =D

  5. Norazlinawati Omar

    Assalamualaikum…saya berminat utk jd dropship…tq

    1. Waalaikumsalam puan, untuk mendaftar puan boleh rujuk dengan klik pada link di bawah:

      https://tudungsicomel.com/dropship-faq/

  6. assalm admin..sy dh daftar akaun as dropship tp sy login nk tgk harga ds tp xde..nk buat mcm mna?

    1. Salam puan, saya dah semak dan dah tukar akaun puan kepada Dropshipper. Puan boleh login semula dan semak ya puan. Semoga membantu =D

  7. Salam admin,
    Saya sudah daftar akaun sebagai pelanggan. Bagaimana nak daftar sebagai dropshipper guna email yang sama? Tukar status dari pelanggan kepada dropshipper

    1. Salam puan, saya dah tukarkan akaun puan kepada akaun Dropshipper. Puan boleh login semula ke akaun puan dan semak ya =D

      Terima kasih

  8. Intan amier

    Berminat menjadi ajen dropship…

    1. Salam puan Intan =D

      Untuk menjadi agen Dropship kita, puan boleh isikan butiran puan pada borang yang kita sediakan di page ini =D

      Kemudian puan akan terima maklumat lanjut =D

      Terima kasih puan =D

  9. Salam. Saya dah daftar untuk join dropship tudungsicomel. Macamana cara untuk login ke akaun dropship? Puas saya cari tapi tak jumpa. Webnya pun tak user friendly. Harap dapat membantu. Tq

    1. Salam puan, untuk Daftar Sebagai dropshipper, ada kita terangkan secara jelas di page ini puan setelah puan Ini borang yang kita berikan di atas.

      Ini page tersebut:

      https://tudungsicomel.com/dropship-faq/

      Terima kasih dan harap membantu =D

  10. Salam..saya dah daftar jd dropship..selepas tu mcm mana nak promo tudung si comel ni..

    1. Terima kasih puan, in shaa Allah apabila puan join group nanti, akan ada ramai yang akan membantu =D

      Salam kejayaan =D

  11. Salam admin sy dah daftar jd dropshipper. Sy nak tanya adakah harga untuk dropshipper telekung sama dengannharga tudung. Mohon pencerahan…

    1. Salam puan Muni, terima kasih puan kerana sudi bertanya =D

      Namun saya kurang faham soalan puan. Namun untuk maklumat lanjut berkaitan melihat harga Istimewa Dropshipper, puan boleh rujuk:

      TudungSiComel.com/dropship-1

      Semoga membantu puan =D

  12. Salam.maaf tuan..sy dh log in tp jrga masih sama..mcm mana sy nk tahu jikakau sy dh jdi agen dropship yg sah atau tidak ye? Sb hrga yg dipapar sebelum dan aelepas sy daftar akaun masih sama..

    1. Salam puan Farhana, untuk mendapatkan akaun dengan harga Istimewa Dropshipper, kita ada terangkan pada link di bawah:

      TudungSiComel.com/dropship-1

      Semoga ianya membantu puan =D

  13. Jika ingin promosi di shopee boleh juga ke?

    1. Salam puan Hawa, boleh puan. Puan boleh join group support wasap kita melalui

      TudungSiComel.com/dropship-1

      In shaa Allah ramai rakan-rakan DS yang join shopee kita di sana =D

  14. ade grup wasap x admin?

    1. Ada puan, puan kena masuk melalui TudungSiComel.com/dropship-1 puan =D

  15. SITI FAZELINA

    Saya sudah join dropship bagaimana nak check tracking number bagi setiap order… Hari tu Ada wasap group tp tukar nombor terus miss group

    1. Salam puan Siti, boleh puan join group support(wasap) melalui TudungSiComel.com/dropship-1 dan puan bertanya di sana. In shaa Allah kita akan bantu puan di sana ^_^

  16. Iffah Najeeha

    Salam admin, saya dh daftar sebagai dropshipper, tapi saya x dpt pon lagi harga dropshipper tu. Macam mana nk dptknnya?

    1. Salam puan, salam ceria 🙂

      Puan dah layari link ni? 🙂
      https://tudungsicomel.com/dropship-1

      Ada diterangkan cara untuk mengaktifkan akaun puan dan melihat harga dropshipper 😀

      Sekiranya ada sebarang masalah mohon maklum ya, in shaa Allah kita akan cuba bantu sebaik mungkin puan 😀

      Terima kasih puan 🙂

  17. Aishah Shahida

    Berminat join dropship jika masih ada

    1. Salam puan Aishah, terima kasih puan dan maaf tidak perasan pertanyaan puan. Masih ada puan, in shaa Allah ^_^

      Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran puan boleh terus klik pada link di bawah ya puan:

      https://TudungSiComel.com/dropship

      Terima kasih puan dan salam kejayaan… jumpa nanti puan ^_^

Leave a Reply to Admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.