
SBZ Prima Sdn. Bhd. (TudungSiComel) telah mengadakan satu sesi latihan khas berkaitan e-invois, bersama sesi Financial Performance Review bagi suku ketiga tahun 2025 sebagai usaha memperkukuh pengurusan kewangan syarikat.
Sesi latihan e-Invois telah disampaikan oleh Cik Wan Adlina dari AMR Business Consultant Sdn. Bhd., yang menerangkan penggunaan sistem perakaunan AutoCount bagi tujuan penjanaan dan penyerahan e-Invois secara terus ke portal MyTax LHDN, termasuk aliran proses sebenar penggunaan sistem secara teratur dan patuh keperluan semasa.
Manakala sesi Financial Performance Review Quarter 3, 2025 pula telah dibentangkan oleh Cik Siti Bahiyah, yang memberi gambaran menyeluruh tentang prestasi kewangan syarikat bagi tempoh tersebut. Perkongsian ini membantu pihak pengurusan menilai pencapaian semasa serta mengenal pasti ruang penambahbaikan untuk perancangan kewangan yang lebih strategik.
Sesi ini melibatkan barisan pengurusan dan kakitangan utama SBZ Prima Sdn. Bhd. termasuk Tuan Syahruddin bin Zainul, Puan Marina Mohd Noor, Puan Aqilah Zawawi, Cik Sharmaine, Cik Danisha dan Cik Izzati.
Secara keseluruhan, sesi latihan ini berjaya meningkatkan kefahaman pasukan terhadap penggunaan e-invois dan sistem AutoCount, di samping menyediakan gambaran yang jelas mengenai prestasi kewangan syarikat bagi suku ketiga 2025. SBZ Prima Sdn. Bhd. kini lebih bersedia untuk membuat keputusan kewangan yang lebih tepat dan berinformasi.


