Si Comel Sebagai Amanah Allah

 

 Si Comel kelihatan lebih ‘cute’ apabila bertudung.

Anak adalah sebahagian daripada kurnia yang dipinjamkan Allah kepada kita. Masihkah kita ingat saat anak kita dilahirkan? Pastinya kita tidak mahu melupakan saat kegembiraan ketika kita menyambut kelahiran si comel.

Inilah detik kita menerima amanah daripadaNya. Bersihnya si comel daripada dosa, sebersih itu jugalah yang amat diharapkan oleh setiap manusia apabila tiba saatnya kita kembali kepadaNya. Dan begitulah juga yang kita harapkan untuk si comel.

Peluang ini seharusnya kita gunakan bagi membuktikan sifat tanggungjawab kita untuk memelihara amanah ini. Namun bagaimanakah caranya?

Ayat Al-Quran :

“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

(Surah Al-Ahzab:59)

 

Seperti kita sedia maklum, aurat wanita merangkumi seluruh tubuhnya kecuali wajah dan kedua-dua pergelangan tangan.

Seperti dalam hadith :

Bahawa Asma’ binti Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya).

(Riwayat Abu-Dawud)

 

Apalah yang difikirkan si comel ini.. : )

Sebaiknya, inilah yang kita ingin terapkan dalam diri si comel seawal usianya.

Seperti pepatah Melayu :

“Melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Namun, kita haruslah bijak mengatur strategi agar si comel dapat menerima dan faham sedikit demi sedikit tentang kepentingan menutup aurat.

Bersamalah kita cipta suasana Islam dalam keluarga agar si comel tidak merasa hairan atau kekok dengan pemakaian tudung.

Salam ceria  : )

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Risk Free Shipping

If your order lost during shipment, we will do the replacement or refund

180 Days Guarantee

If you don`t satisfied with your order, just let us know. We can exchange or refund.

100% Secure Checkout

Seamless Payment with CHIP / MasterCard / Visa