Pada 27 September 2025, team marketing TudungSiComel berpeluang menghadiri Spacedollah Masterclass di The Campus Ampang. Suasana memang meriah, penuh dengan semangat dan aura positif bila ramai usahawan, creators dan industry players berkumpul dalam satu dewan.
Kami belajar banyak perkara tentang marketing sebenar melalui lebih 15 sesi bersama pakar. Bukan saja dapat ilmu, malah peluang buat networking dengan ramai business owner yang berjaya. Dari situ, banyak idea baru tercetus untuk dibawa pulang.
Antara yang paling memberi inspirasi ialah sesi bersama Asyraf Khalid & Adibah dari The Raw. Mereka berkongsi kisah jatuh bangun dalam perniagaan yang memang menyentuh hati. Turut memeriahkan acara ialah Syed Saddiq dan Bella Astilah. Sesi bersama Syed Saddiq membuka minda dengan banyak pengetahuan dan wawasan baru.
Yang lebih bermakna, wakil sah TudungSiComel, Puan Wati, juga turut serta bersama kami. Terima kasih Puan Wati kerana hadir dan bersama-sama menimba ilmu.
Secara keseluruhannya, pengalaman di Spacedollah Masterclass bukan sekadar tentang marketing, tetapi lebih kepada membuka mata tentang cara berfikir sebagai usahawan. Kami pulang dengan semangat baru, idea segar, dan tekad untuk terus mengembangkan TudungSiComel demi memberi yang terbaik buat ibu-ibu dan anak-anak comel di seluruh Malaysia. 💜