Sumbangan Pakaian Persekolahan – Rumah Amal Al-Firdaus

Kita menerima rayuan sumbangan daripada Rumah Amal Al-Firdaus untuk set pakaian persekolahan bagi anak-anak di rumah tersebut.

Rumah amal Alfirdaus ini merupakan sebuah Pusat jagaan kanak-kanak yang mengendalikan kebajikan, asuhan dan pendidikan kepada anak-anak yatim,fakir miskin dan golongan anak-anak asnaf zakat dan anak anak yg memerlukan perlindungan di sini yang beralamat di:

RUMAH ANAK SOLEHAH
No.179, Jalan Elektron U16/93,
Seksyen U16, Denai Alam
(Ustazah Nurul Izzah / 018-9731316)

Rumah Amal Al-Firdaus juga mengambil berat hal-hal pembelajaran dan pendidikan akhlak sebagai pembinaan insan yg berguna untuk agama bangsa dan negara dan agar menjadi sebaik baik manusia yang memberi manfaat kepada manusia yg lain nya.

Berikutan pembukaan sekolah di masa akan datang, pihak Rumah Amal Al-Firdaus memerlukan set pakaian sekolah harian untuk si comel pakai.

Jumlah dana diperlukan: RM773.00

#Baju Sekolah Biru Pengawas SS 10helai x RM30.30 = RM303
#Kain Sekolah Biru Gelap SS 10helai x RM19.60 = RM196
#Tudung Sekolah Awning Scuba Biru Gelap SS 10helai x RM12.70 = RM127
#Inner Rainbow Hitam 30helai x RM4.90 = RM147

Kita di HQ kekurangan dana untuk sponsor keseluruhan keperluan, jadi kita nak jemput pada rakan-rakan usahawan yang nak turut serta memberi sumbangan dan menghebahkan sumbangan ini bagi mencari dana untuk anak-anak solehah tersebut.

Bagi rakan usahawan yang berminat atau ada sesiapa yang ingin membuat sumbangan ini boleh klik pada butang biru di bawah:

Nanti kita akan update aktiviti sumbangan di web kita, in shaa Allah.

**Jika jumlah sumbangan terlebih dari dana yang diperlukan, kita akan transfer terus kepada Rumah Al-Firdaus untuk membiayai keperluan seharian mereka.

Jemput share. Terima kasih
Leave a Reply

Your email address will not be published.

18 + eighteen =

Risk Free Shipping

If your orders lost during shipment, we will do the replacement or refund

Easy 180 days returns

180 days money back guarantee

100% Secure Checkout

Toyyibpay / MasterCard / Visa