fbpx

tudung sekolah putih Archive

3 FAKTOR PENTING PEMILIHAN TUDUNG KANAK-KANAK

tudung kanak-kanak

Masalah biasa bagi ibu-ibu yang ingin mendidik anak-anak bertudung seawal usia adalah tudung yang dihasilkan untuk mereka kebanyakannya tidak selesa dipakai. Tudung-tudung murah yang dihasilkan dari lebihan kain.

Sepanjang saya berkecimpung dalam industri penghasilan tudung untuk kanak-kanak, ada 3 faktor utama yang perlu kita ambil kira agar Si Comel kekal selesa dan gembira bertudung:

1. Material yang sesuai. Pemilihan material kain sangat penting kerana kulit Si Comel agak sensitif. Jadi kain yang lembut dan tidak terlalu tebal perlu digunakan dalam penghasilan tudung kanak-kanak. Kain yang paling sesuai dan lembut antaranya adalah Cotton Lycra.

Ini kerana material jenis ini lembut(kapas) dan ianya meregang(lycra) membuatkan material cotton lycra paling sesuai digunakan dalam penghasilan tudung untuk kanak-kanak.

2. Ukuran Pola. Antara lain adalah masalah ukuran kerana bentuk muka kanak-kanak tidak seperti muka wanita dewasa.

Mereka masih dalam proses tumbesaran dan penghasilan pola tudung yang sesuai sangat penting. Apabila ukuran tidak sesuai, Si Comel akan rasa rimas dan pastinya mereka akan tidak rasa gembira bertudung.

3. Rekacorak Ringkas. Selain itu, rekacorak tudung untuk kanak-kanak adalah berbeza dari tudung dewasa kerana kanak-kanak aktif dan perlukan pakaian kepala yang tidak menganggu aktiviti mereka. Mereka perlu berasa bebas dan perlukan tudung yang ringkas dan tidak terlalu terbelit-belit.

Ini antara 3 faktor utama yang kita sebagai seorang ibu patut pertimbangkan apabila memilih tudung buat Si Comel kita.

Saya sendiri menghadapi masalah ini dahulu apabila tudung-tudung yang dibelikan kepada anak-anak saya hanya akhirnya tersimpan di dalam almari.

Alhamdulillah, dengan sedikit ilmu jahitan kita telah menghasilkan sendiri tudung untuk kanak-kanak dan di sini kita kongsikan dengan ibu-ibu yang juga ingin melihat Si Comel mereka bertudung dengan bebas dan gembira ūüėä

Semoga Si Comel kita sama-sama membesar menjadi anak-anak solehah dan inilah kepuasan yang sangat indah sebagai seorang ibu.

Kenapa Tudung Sekolah Berbeza Harga Walaupun Materielnya Sama?

Ada yang bertanya, walaupun Tudung Sekolah materiel Lycra, namun kenapa harganya berbeza?

Sebenarnya, Lycra terdiri dari pelbagai jenis dan kualiti. Ada yang berat 280g, 320g, ada yang 400g. Ada jenis kain yang lembut dan ada jenis kain yang NAMPAK LEMBUT akan tetapi apabila dipakai ianya terasa PANAS dan tidak menyerap peluh.

Kita telah mencuba beberapa jenis Lycra selama ini dan kita telah dan sentiasa membuat penambahbaikan dari masa ke semasa berdasarkan komen dan maklumbalas rakan-rakan.

TUDUNG SEKOLAH LYCRA LEMBUT

Akhirnya kita telah mengambil keputusan untuk HANYA menghasilkan tudung dari Lycra yang lembut dan sejuk dipakai sahaja dan kita terpaksa korbankan sedikit dari segi harga.

tudung sekolah

tudung sekolah

MAJORITI IBU-IBU SAYANGKAN ANAK

Dari maklumbalas yang diterima, majoriti ibu-ibu lebih mementingkan tudung yang selesa dipakai oleh Si Comel kesayangan mereka berbanding TUDUNG MURAH yang panas apabila dipakai lama.

Dengan perbezaan harga hanya RM3-4 sahaja untuk tudung lycra lembut, ibu-ibu yang sayangkan anak mereka sanggup korbankan sedikit untuk mendapatkan tudung yang lebih selesa dipakai.

Pada mereka, apalah sangat perbezaan RM3-4 berbanding Si Comel yang mereka sangat sayangi.

Kami di TudungSiComel juga sangat ingin melihat lebih ramai Si Comel bertudung seawal usia dan dengan itu kami sentiasa berusaha untuk menghasilkan lebih banyak Tudung kanak-kanak yang lembut dan SELESA dipakai.

Kami juga sayangkan Si Comel anda (^_^)

Untuk maklumat lanjut berkaitan Tudung Sekolah Awning Lembut istimewa kita KLIK SINI

Tudung sekolah

Continue Reading

Tudung Sekolah Awning Lembut Dan Scuba Istimewa

Salam puan, kita ingin memperkenalkan Tudung Sekolah Awning Lembut dan Awning Scuba Istimewa dari TudungSiComel.com.

Tudung Sekolah Awning Lembut dan Awning Scuba Istimewa

‚ô° Adakah anak puan mengeluh tudung sekolah yang dipakai tidak selesa?

‚ô° Adakah tudung anak puan cepat kelihatan kotor dan sukar untuk dibasuh (awning keras)?

‚ô° Adakah puan sayangkan Si Comel puan?

Kita ada penyelesaiannya. Tudung Sekolah Awning Lembut dan Scuba Istimewa kita telah terbukti membantu ramai rakan-rakan lain. In Shaa Allah.

Mudah, Lembut dan Selesa

Ianya SELESA dan sangat MUDAH DIPAKAI serta DIBASUH. Si Comel puan juga pasti tidak akan rimas lagi mengenakan tudung terutama kepada kanak-kanak yang pertama kali bertudung.

Tudung-sekolah-awning-lembut

Dijahit dengan ukuran khas agar ianya ‘terletak elok’ dan selesa dipakai. Mudah dibasuh dan kualiti kain yang baik membuatkan anak puan kelihatan istimewa di mata guru mereka.

Lycra Korea; Sejuk, Lembut dan Selesa. Anak anda pasti berkata; “Saayangan Ibu”¬†

tudung sekolah awning lembut

tudung sekolah

KEISTIMEWAAN BERBANDING TUDUNG SEKOLAH BIASA

    • Awning Lembut yang MUDAH dibasuh menggunakan mesin dan tidak mudah rosak
    • Lycra Korea LEMBUT¬†dan Selesa dipakai (Imported)
    • Potongan Khas (cutting) yang telah menjalani sesi ujikaji selama lebih dari 2 tahun dan mampu membuatkan Si Comel SELESA memakainya.
    • Putih Nila yang sentisa kelihatan bersih sesuai untuk Si Comel sekolah rendah yang lasak.
  • Mudah dipakai dan Si Comel pasti tidak rimas menggayakannya, in shaa Allah. Jika tidak selesa, boleh dipulangkan semula.

SAIZ

Berikut adalah ukuran labuh dari dagu bagi setiap saiz dan cadangan umur yang bersesuaian dengan Si Comel puan. Sekiranya Si Comel puan adalah bersais badan biasa rakan sebaya, in shaa Allah sesuai dengan sais yang kita cadangkan.

  • Umur 4 – 8¬†tahun sesuai Saiz SS (labuh 12 +/- 1 inci)
  • Umur 8 – 10 tahun sesuai Saiz S (labuh 14 +/- 1 inci)
  • Umur 10 – 12 tahun sesuai Saiz M (labuh 17 +/- 1 inci)
  • Umur 11 – 15 tahun sesuai Saiz L (labuh 20 +/- 1 inci) – Tudung Labuh

Berikut di bawah model kita berusia 8 tahun menggayakan semua 3 size tudung untuk rujukan puan.

Tudung Sekolah Awning Lembut Putih Nila SS 518-11

Tudung Sekolah Awning Lembut Putih Nila S 518-11

Tudung Sekolah Awning Lembut Putih Nila 518-11

HARGA

Sebagai pengenalan, kami ingin puan rasa dahulu kualiti kain Lycra Korea ini (Sejuk, Lembut dan Gebu), kami tawarkan puan dengan nilai istimewa cuma RM16.90 (Awning Lembut) dan RM19.90 (Awning Scuba) sahaja satu helai untuk semua saiz (^_^)

PENGHANTARAN

Promosi Penghantaran – Untuk berat 40 helai pertama, kos penghantaran (+urusan pentadbiran) ke seluruh Semenanjung cuma RM6.90 sahaja menggunakan Pos Laju.

Untuk Sabah/Sarawak boleh semak terus di web kita kerana harga sedikit berbeza.

JAMINAN 180 HARI

Setiap produk asli yang diperolehi dari TudungSiComel.com adalah di bawah Jaminan 180 hari dari tarikh penerimaan.

Sekiranya tidak berpuas hati boleh ditukar/dipulangkan dengan serta merta dan wang akan dikembalikan. Kepuasan pelanggan keutamaan kami di TudungSiComel.com.

Jaminan kami

SELAIN TUDUNG SEKOLAH AWNING LEMBUT KITA JUGA ADA:

KAEDAH TEMPAHAN MUDAH

Sila maklumkan kami *Butiran Tempahan ke salah satu dari 2 kaedah tempahan mudah kita:

1. ATAU Personal Message(PM) ke Facebook page TudungSiComel.com

2. ATAU boleh tempah terus di katalog Butik Online mesra smartphone kita.

*Butiran Tempahan

  1. Kod Tudung
  2. Size
  3. Kuantiti

Untuk melihat Kod Tudung dan senarai lengkap warna tudung, sila klik butang hijau di bawah.Koleksi TudungSiComel