Tahniah Fara & Haidi! Kebahagiaan di Majlis Nikah & Perkahwinan

Baru-baru ini, salah seorang staff kesayangan kami di TudungSiComel—juga dikenali sebagai designer TudungSiComel, telah melangkah ke satu fasa baru dalam hidupnya. Alhamdulillah, pada 11 April 2024, Fara selamat diijab kabul dengan pasangannya, Haidi, di Bandar Sri Damansara.

Gambar Fara dan Haidi di majlis nikah – Designer TudungSiComel bersama pasangan di hari bahagia

Seluruh Team HQ TudungSiComel turun padang bersama-sama ke majlis nikah tersebut. Sungguh, kami semua sangat gembira dan teruja untuk Fara yang kini telah bertukar dari ‘Cik’ kepada ‘Puan’. Congrats, Fara! 🥰

Untuk Fara dan Haidi, kami dari TudungSiComel ingin ucapkan tahniah di atas perkahwinan ini. Semoga cinta dan bahagia sentiasa menyinari hari-hari baru kalian bersama.

Team HQ TudungSiComel bergambar bersama pengantin di Bandar Sri Damansara

Tak cukup dengan itu, kami semua turut dijemput ke majlis perkahwinan pada 13 April 2024 di Barern Hill Event Space. Majlis yang sungguh meriah dan penuh warna-warni. Memang beautiful, Fara & Haidi! Sekali lagi, tahniah dari kami semua.

Kehadiran staff HQ TudungSiComel meraikan perkahwinan Fara

Bagi yang ingin melihat detik bahagia Fara dan Haidi, kami selitkan beberapa gambar sekitar majlis perkahwinan mereka di bawah ini. Semoga kisah cinta ini menjadi inspirasi buat semua.

Selamat pengantin baru, Fara & Haidi! 🎉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

100% Risiko Ditanggung

Bungkusan anda hilang semasa penghantaran? Kita akan pos baru.

Jaminan 180 Hari

Jika anda tidak berpuashati atau ada sebarang masalah, boleh tukar atau refund.

Penghantaran 7 Hari Seminggu

Kita proses semua tempahan dan penghantaran setiap hari.